Monday, November 10, 2008

First Time i've been tagged in Blog..

1.Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
-Bende yang paling penting ialah... hmm.. ntahlah.. handphone aku kot.. Pasal banyak sms-sms aku dengan honeydew.. banyak kenangan woo dalam sms-sms dalam handphone tu.. and ada nombor tepon semua kawan-kawan dalam tu.. and ada gambar-gambar lagi.. and maklumat-maklumat penting dalam tu.. huuu.. sayang woo.. tak sanggup nak hilang handphone..
-Kereta Gen-2 ku.. pasal mahal ni aku bayar tiap2 bulan.. abis duit aku.. huuu.. sedih..
-Wallet aku.. pasal aku dah serik woo hilang IC dalam wallet 2 kali.. kalau hilang lagi.. mahal woo kena denda nak buat semula IC..
-Jam tangan aku... pasal ini ialah hadiah besday aku dari honeydew.. 1st time aku dapat hadiah besday jam tangan mahal-mahal camni.. thanks hunn..
-Aku sayang relationship aku dengan honeydew.. dan aku harap relationship kitorang sampailah kitorang kahwin and sampai bila-bila pun.. doa-doa kan lah ok... aminnn...

2. Apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri?
hm.. bende terakhir yg aku beli ialah sejenis kasut yang berharga RM59.90.. Jenama apa aku x pasti, tapi lawalah.. aku suke.. color cokelat...

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan anda?
hmm.. aku nak kahwin atas set pelamin yg ada 2 kerusi.. satu kerusi untuk aku, and satu lagi kerusi untuk bakal isteri aku... so tak kisah lah mana2 tempat pun..

4. Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
Aku rasa hubungan aku dengan ehemm ehemmmm (korang pun tau sape)... insyaAllah akan berkekalan sampai berwaris-waris.. and never ending story...

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
aiyooo.. question 4 tadi kan dah tanya hubungan akan berkekalan atau tak... kan sepatutnye dah jelas... aku tengah dilamun cinta lah ni... apa lah korang ni... by the way yupss... i love her... she love me.. me love her... and her love me.. love honeydew... :-)

6. Dimanakah restoran terakhir anda makan malam?
restaurant terakhir aku makan sepatutnye kat McDonald's lah kot.. pasal McDonald's tu ialah restaurant fastfood... so betullah tu... Kira restaurant lah kan??? hehehe.. tapi kalau last aku makan malam ialah malam semalam kat foodcourt Mydin Subang Jaya.. aku makan mee rebus.. huhu, sedap woooo... manakala yang menemani aku makan malam semalam semestinye ialah girlfren aku, si honeydew.. dia makan mee rojak.. and air jus mangga gelas besar kitorang kongsi segelas..

7. Namakan buku terakhir yang anda beli?
Buku terakhir aku beli... hmm... aku beli buku apa eh.. haaa.. aku beli buku komik budak getah (one piece) volume yang ke... alamak.. tak ingat laa.. yang penting yang latest la... hohO!~

8. Apakah nama penuh anda?
Nama penuh saye ialah Si Kacak Handsome bergaya.. hehe.. eh, tak betul ke?? korang ni dengki arr....

9. Anda lebih senang dengan mak atau ayah?
Hm.. lebih senang dengan mak.. sebab apa.. syurga itu dibawah tapak kaki ibu.. alhamdulillah.. sejuk perut mak aku kalau dia baca ni.. hehe..

10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Aku nak jumpa manusia yang boleh bagi aku duit RMsejuta free-free jep kat aku... Pergghhh... Kaya aku beb... huhu..

11. Christina atau Britney?
Aku pilih Honeydew.. huhu.. jawapan terkeluar sikit dari soalan.. alaa.. kira bolehlah tu... korang pun tau aku suke sape...

12. Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
Tidak.. pasal yang mencuci pakaian aku ialah mesin basuh kat rumah nenek aku kat PJ.. Tapi kira aku cuci sendirilah.. sebab tanpa aku, takdelah baju-baju aku.. and tanpa baju-baju aku, takdelah kotor-kotoran pada baju.. so kalau takde kotor-kotorang pada baju, takdelah aku nak campakkan baju-baju kotor aku dalam mesin basuh.. so bila baju-baju kotor aku dah dicampak dalam mesin basuh.. maka baju aku akan dibasuh oleh mesin basuh kat rumah tu setelah dioperasikan oleh aku dengan menekan butang ON and WASH and SPIN.. hehehe..

13. Tempat yang paling seronok anda mahu pegi?
Aku nak pergi honeymoon.. tu lah tempat paling seronot aku boleh pikir.. best woo.. duduk dalam hotel bilik and taknak keluar-keluar sehari suntuk.. ahaks...

14. Pelukan atau ciuman?
Aku suka ciuman dan dalam masa yang sama peluk erat-erat... huhu... bahaya soalan ni.. next question.... ...

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag anda
-Dia ialah kawan sekerja aku.. ex-meja sebelah-sebelah kat ODC4 second floor.. haha..
-Dia berkulit hitam ala-ala obama presiden america yang baru.. huhu.. hitam itu emas..
-Dia gile tulis blog, tapi baguslah.. banyak idea mamat ni, kreatif and penuh ilmu pasal bab-bab computer ni walaupun takdelah hebat sangat pun.. hehe..
-Dia baru beli motor baru, tapi aku tak tengok lagi rupa motor dia..
-Dia ada girlfren.. aku jumpe dia dating kat alamanda tengok movie.. ponteng keje tapi keluar dating.. bagus sangat lah tu... bile nak kahwin bro?

16. 8 perkara yang amat saya gilai
(Aku sebenarnye tak gila.. so takde bende yg sepatutnya aku gilai.. cuma aku suke jep..)
-Aku suke tengok awek-awek yang cun-cun dan comel-comel..
-Aku suke watching movies dengan girlfren.. sejuk dalam wayang tu.. hehe..
-Aku suke makan fastfood seperti Carl's Jr, McDonald's, Wendy's, Nando's, Pizza Hut, Kenny Rogers, and Fish Manhattan.
-Aku suke amik gambar.. i mean muke aku mesti ada dalam setiap gambar-gambar yang ditangkap..
-Aku suke kalau boleh melancong naik kapal terbang..
-Aku suke tengok orang yang sangat pandai dan kreatif mengedit gambar-gambar..
-Aku suke bila ada orang belanja aku makan tempat mewah-mewah
-Aku suke bila drive kete laju-laju dan drift sikit-sikit and racing haram.. hahaha..

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
-Hi honeydew..
-Good Morning..
-Have a nice day..
-Smile always..
-i love u..
-Goodnite..
-Sweetdream and sleep tight..
-Miss u...

18. 8 buah buku yang paling terbaru di baca
-Buku Komik Budak Getah (One Piece) .. Volume tak ingat no berapa..
-Buku Remaja aku pinjam baca dari adik aku..
-Buku Manual kereta Gen-2 aku... huhu..
-Buku katalog IKEA..
-Buku yang memberi makna iaitu dictionary english - melayu..
-Buku komik Dikcerdas Shinchan..
-Buku account Maybank and CIMB and BSN and buku TING ASB..
-Buku nota kosong yang aku bawak time nak pegi meeting..


19. 9 lagu yang boleh saya dengar berulang kali
-One step at a time (Jordin Spark)
-Kekasih Gelapku (Ungu)
-Ayat-ayat cinta (Rossa)
-Sempurna (Andra and The Backbone)
-Tak Bisa memiliki (Samsons)
-Innocent (Avril Lavigne)
-Clumsy (Fergie)
-My Boo (Usher)
-Salam Terakhir (Sudirman)

20. Perkara saya pelajari tahun lalu
-Belajar camne nak lebih bersikap matang dan dewasa.
-Belajar camne nak berjaya dalam hidup.
-Belajar camne nak menjadikan masa depan lebih cemerlang dan bercahaya.. hehe..

21. Mangsa tag seterusnya
-aku taknak tag sape-sape.. lagipun aku takde orang yang nak aku tag kan.. so, sekian.. :-)