Wednesday, January 28, 2009

google logo yang unique..

Aku tak tau apsal.. Tapi aku macam impress dengan logo google kali ni.. haha.. sempoi giler.. macam cakar-cakar ayam jep.. Very creative and unique.. Aku taktau apa tema google punyer logo untuk hari ni.. tapi respek lah.. Tulisan google pun aku tak nampak.. Logo camne pun, google tetap google.. yeahhh.. aku suka goooooooooooooogle.. =P

p/s: Company if dah kaya and established.. pedulik hape dengan logo..

Saturday, January 10, 2009

Cuba eja KERETE?

Kisah dia camni.. Dalam kereta..

Anak : Ibu, macam mana eja kerete? (sebut: kerete)
Ibu : K. E ke.. R. E re.. T. A ta.... kereta! (sebut bahasa baku)
Anak : Itu kereta, bukan KERETE!
Ibu & Ayah: Hahahahahahahah....

Ni la susahnya bahasa melayu.. sebut lain.. eja lain...! :-P

Monday, January 5, 2009

Persamaan sikap antara Kucing & Lelaki..

Paparan saya, Tafsiran anda... (From Email)

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...

Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

1) Kucing jantan suka dibelai
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke.. Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut lah dengan lelaki. Mereka tak suka dengan wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Lelaki kebanyakannya memang kuat makan & akan selalu cepat lapar. Jadi, paham-paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya.. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah.. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tapi ada juga yang jenis tak kuat sangat, tapi bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi.. Seperti kucing, kucing tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. So anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya???? Jadi, jangan kacau time dia tidur..

4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan-kawan (ni tak sama dengan kucing).. Tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki, nanti confirm dia lari..

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat-sangat betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.. Bagi dia space dia tapi dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk..

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut-rebut kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus dia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tapi first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la).

Friday, January 2, 2009

Tag pasal 7 ciri lelaki/wanita..

1. 7 Ciri lelaki/wanita idaman anda
  • Penyabar dan tidak cepat marah..
  • Rajin masak and pandai memasak something special..
  • Bertolak ansur, memahami.. dan sekali sekala mengalah..
  • Manja.. pasal aku pun nak dimanjakan jugek..
  • Pengemas.. pasal aku tak berape pengemas
  • Free hair (hehehe).. Atau kalau pakai tudung, dia ikut fesyen tudung yg lawa-lawa..
  • sembahyang 5 waktu..
2. 7 ciri lelaki/wanita yang tak pernah anda minati sepanjang hidup anda
  • Pemarah, naik angin tak tentu pasal..
  • Bercakap kasar dan mengeluarkan kata-kata kesat..
  • Penipu, tidak berterus terang dan menyimpan rahsia..
  • Pakaian yang terlalu kecik atau singkat sampai mendedahkan bende tak sepatutnye..
  • tak pandai nak menghormati.. samada kat aku atau keluarga aku atau keluarga si dia..
  • Terlampau materialistik..
  • tak pernah mengerjakan solat..
3. 7 perasaan anda sekiranya keluar dengan orang yang diminati
  • happy dan gembira..
  • taknak balik rumah..
  • rasa nak pegi makan..
  • kalau si dia pakai lawa-lawa.. rasa bangga jep pegi jalan-jalan ngan si dia..
  • berangan masa depan..
  • rasa nak berkongsi semua cerita..
  • rasa tak sabar nak kahwin and............... huhu..
4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda
  • Hotel 5 bintang 3 hari 2 malam tak keluar-keluar bilik.. ahaks..
  • Pulau-pulau yang cantik kat dalam negara or luar negara.
  • Oversea kat negara-negara Eropah.
  • Restaurant taraf 5 bintang..
  • bersiar-siar dengan kapal peranginan mewah macam Titanic..
  • Puncak gunung yang tak berapa tinggi..
  • kampung halaman saya and kampung halaman si dia..

5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang akan anda hadiahkan kepada si dia

  • Cincin Tunang
  • Cincin Kahwin
  • Rantai leher diamond
  • Bunga roses
  • Teddy bear
  • Kad ucapan
  • Hadiahkan waktu untuk menemai si dia..
6. 7 Tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda
  • Secondhand Serenade - Fall for you
  • Ari Lasso feat. Bunga Citra Lestary - Aku dan Dirimu
  • Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu
  • Rossa - Ayat-ayat cinta
  • Once - Dealova
  • Andra and The BackBone - Sempurna
  • Ungu - kekasih Gelapku

7. 7 Wanita/Lelaki yang kene jawab tag ni

  • Sape-sape jep yang rajin nak jawab tag ni.. Sekian..

Thursday, January 1, 2009

30 Moments.. Sweet Memory of 2008..

Hello.. happy new year... Bye bye 2008.. Here i just wanna lists some moment with my girlfriend.. Antara 30 kenangan manis untuk 2008:

1. New year of 2008 celebration at Titiwangsa Kuala Lumpur.
- First time sambut new year dengan honeydew. Kitorang taktau nak gi mana.. so end up jalan-jalan kat Titiwangsa and tgok bunga api from there. Nice view walaupun bunga api nampak agak jauh dari sana..
Date: 1/1/08, 12:00am.

2. Satyam Sport Day.
- Acara sukan untuk seluruh satyamite. Aku masuk bowling tapi team kitorg dapat 2nd runner up jep. The best moment ialah bila honeydew nyer team menang basketball.. dramatic giler.. daripada ketinggalan dan hampir kalah.. boleh kejar and terus menang.. cayalah.. Acara futsal untuk team ELTP16 pun menarik gek walaupun kalah. And last day acara marathon sejauh 6km.. pemenang hanya tempat pertama hingga ke-3.. Aku kalah sikit jep.. mampu dapat tempat ke-5 jep..
Date: dd/mm/yy

3. Satyam Dinner at Hotel.
- Best jugek time dinner ni.. Kitorang dari ELTP16 memang sangat havoc.. Dapat naik pentas amik trophy.. Semua org pun datang dinner melaram cantik-cantik.. Honeydew pun tiba-tiba rebonding rambut.. Nice, i like rebonding hair.. her dress also lawa.. honeydew comel..
Date: dd/mm/yy

4. One day spent at Zoo negara.
- Dari pagi dalam kul 11pagi camtu sampai malam kitorg jalan-jalan pusing satu zoo negara ni.. Tengok and amik gambar semua binatang yang ada kat sana.. Penat giler lah time tu, tapi best.. really was a sweet memory in that time.. Dalam kul 9 malam camtu baru lah kitorg balik..
Date: dd/mm/yy

5. Valentines Day with my girlfriend at Mines.
Time ni kat office time lunch hour, aku buat surprised bagi kat honeydew sejambak bunga roses merah 12 kuntum.. and of course hadiah bear berupa hedgehock yang diberi nama spiky.. hehe.. Then after office hour, kitorg jalan-jalan kat Mines.. Menikmati suasana romantik lampu2 kat Mines.. Satu jep kitorg tak sempat buat ialah untuk makan candle light dinner.. sebab kedai makan banyak dah nak tutup time tu... next time k..
Date: 14/2/08

6. Visited anak-anak yatim with eltp16.
- ELTP16 ada buat charity event iaitu melawat satu rumah anak-anak yatim kat selangor. So kitorg pergi naik bas dan mengadakan berbagai aktiviti kat sana.. Best.. meriah.. Paling tak tahan ialah Mentor kitorg, Mr. Srikanth.. punyalah aktif bermain dengan anak-anak yatim.. good lah and berharap lebih banyak aktiviti amal macam ni boleh dilakukan lagi..
Date: 15/2/08

7. Jalan-jalan di Butterfly Park Kuala Lumpur
- Saje-saje melawat masuk taman rama-rama kat KL.. Lokasi kat belakang masjid negara tu.. tak berapa best sangat kat sini sebab rama-rama semua terbang tinggi-tinggi.. nak tangkap and pegang sekor pun susah.. Sebenarnye aku takut dgn rama-rama.. kalau yang besar-besar tu terbang dekat-dekat, sure aku cabut lari dulu.. hahaha.. bukan takut, tapi geli sikit sebenarnya.. honeydew gek yg tak takut.. bagus.. Kitorg just amik-amik gambar, pusing-pusing.. then terus balik..
Date: dd/mm/yy

8. Dinner at Hotel Singgahsana and reunion with my ex-housemate.
- Ini adalah hari reunion and makan malam dengan ex housemate aku time belajar dulu.. Kitorg dulu tinggal kat rumah flat somewhere kat Jalan Klang Lama... Budak rumah aku semua ada 6 org.. So ada 5 org yg hadir, sorang tak dpt dtg and tambah sorang lagi yg dtg semestinya awek aku.. yang lain semua tak bawak girlfriend sebab aku sorang jep yg ada awek.. hahaha...
Date: 1/5/08

9. Celebration of Honeydew Birthday.
- Honeydew, Happy birthday.. Anda dah semakin tua.. haha.. Kitorg pergi celebrate makan kek kat secret recipe.. and after that gi jalan-jalan kat Putrajaya.. Kat tepi tasik dekat ngan masjid putrajaya tu.. i gave her new diomond necklace that i bought specially for her.. glad that u like it..
Date: 23/5/08

10. Having fun at Sunway Lagoon Theme Park.
- Sebab kitorg dapat ticket free masuk Sunway Lagoon.. Ada 6 ticket semua sekali.. Taktau nak ajak sape dah.. So aku ajak jeplah kawan aku time belajar dulu.. Pejal dengan Adi.. So kitorg gi mandi manda kat sini.. enjoy giler.. Masa tgh mandi-mandi tu.. Tangan aku kat siku cedera sikit pasal terlanggar kat lantai biler main gelongsor air kat situ.. Honeydew dgn pejal lah ni berpakat nak tolak aku.. naseb baik tak patah tangan.. Gelabah korang.. baru tau cuak.. hahaha.. Sweet memory lah mandi kat sunway lagoon ni.. Hm.. lepas mandi, honeydew dapat burger Bigmac McD free pulak 4 biji sebab boleh baca ayat Big MAc tu dengan cepat..Powerlah my girlfriend.. thanx honey.. hehe..
Date: 24/5/08

11. Holiday at Genting Highland.
- Bersuka ria dekat genting highland.. fuhh sejuk tu kat atas sana time tu.. Mula-mula pergi KL Central nak naik bas.. malangnya semua ticket dah abis jual.. terpaksalah pergi naik kereta sampai kat cable car skyway kat bawah.. so naik atas guna skyway.. Rugi sikitlah sebab kalau naik bas lebih murah.. Sampai atas memang enjoy giler.. naik cockscrew.. naik spaceshot.. perghh.. cuak beb.. memang enjoy giler satu hari main macam-macam kat sana.. Next time nak pergi lagi kalau ada masa..
Date: 9/6/08

12. Berjalan di Bird Park Kuala Lumpur.
- Pergi bird park memang best.. masuk-masuk jep tengok ada macam-macam jenis burung dalam tu.. Siap ada sekor burung terbang and hinggap atas kepala aku.. huhu.. tempat kat dalam Bird Park ni memang agak luas.. memang penatlah jalan kat sana.. Paling best time masuk dekat World of Sparrow.. tgok burung-burung kakak tua.. and bagi feeding kat burung tu.. sekali letak kacang kuachi kat tangan.. penuh burung-burung tu hinggap atas tangan.. Kitorg amik banyak gambar kat sini.. lupa pulak nak amik video.. haha..
Date: 14/6/08

13. Pergi jalan-jalan dekat Aquaria KLCC.
- Dah lama jugak teringin nak pergi Aquaria kat KLCC ni.. akhirnya sampai pun.. Dalam sini ada macam-macam jenis ikan laut.. Paling menarik perhatian ialah tengok ikan Shark lah.. Siap ada pertunjukan bagi makan kat ikan Shark.. tapi nampak macam ikan Shark tu jinak-jinak jep.. Best gek lah jalan-jalan dalam sana..
Date: 21/6/08

14. Mandi-manda di Sungai Gabai.
- Satu event yang diorganized kan oleh aku dengan honeydew.. Kitorg actually plan nak ajak ramai-ramai budak office untuk pergi mandi manda kat sungai.. last-last yang dapat pergi pun ada dalam 6 org jep.. nak buat camne.. Time kat sini, kitorg ada masak kerang bakar sekali.. Siap bawak peralatan masak lengkap semua.. Cuma problem time ni ialah nak hidupkan api pasal kayu and daun semua basah sebab semalam hujan.. Haru betul.. yang penting enjoy geklah mandi sungai kat sini.. Hilangkan tension kat tempat kerja.. hehe..
Date: 28/6/08

15. My Girlfriend graduation day at University of Malaya.
- Congratulation to honeydew.. Akhirnya berjaya tamatkan pengajian sebagai sarjana muda dalam bidang computer.. Aku belikan dia sejambak bunga roses sebagai hadiah istimewa untuk meraikan hari graduasi dia.. She looked so cute when she wearing jubah graduasi tu.. comel.. comel.. Time ni mama and baba dia pun ada datang.. This is my first time that i seen her family.. hehe.. cuak and segan giler lah time tu.. And sebagai boifren dia.. aku dipaksa menjadi photographer dia.. hehe.. nak buat camne..
Date: 6/8/08

16. Menonton High School Musical on ice di Stadium Putra Bukit Jalil.
-Pergi tengok persembahan diorg memang best.. Dalam stadium tu sejuk woo sebab banyak ice.. pergh.. diorg nyer persembahan atas ice memang mantap.. kagum aku.. aku banyak rekod video dalam tu.. then kena tegur dengan guard sebab tak dibenarkan amik video.. haha.. pedulik hapa..
Date: 15/8/08

17. Berjalan-jalan di Muar di kampung my girlfriend.
- First time aku pegi jalan-jalan kat Muar.. Setelah awek aku ajak aku datang kampung dia sebab ada kenduri doa selamat kat kampung.. So aku pun pergilah teman dia.. sampai sana kitorg ada jugeklah pergi berjalan-jalan kat tanjung.. then tengok monyet liar banyak.. haha.. honeydew punya makanan kena curi dengan monyet... malamnyer kitorg pergi makan ikan bakar kat Sabok Awor.. sedap jugek ikan bakar kat sini... Malam nyer dah nak dekat tengah malam barulah kitorg balik ke KL semula..
Date: 16/8/08

18. Valedictory of ELTP16.
- Setelah berbulan-bulan dalam ELTP.. akhirnya inilah hari nya secara rasmi tamat tempoh training kitorang sebagai ELTP.. penuh dengan aktiviti and ada makan-makan time valedictory ni.. enjoy lah.. siap ada cupcakes ada nama aku atas tu.. thanx norli.. and honeydew punye pun ada.... hehe.. actually satu class pun ada nama masing2 atas cupcakes.. sedap..
Date: 18/8/08

19. Tengok bunga api di Putrajaya sempena International Fireworks Competition.
- Sempena competition bunga api yang berlangsung kat Putrajaya selama seminggu.. memang terang benderang lah langit putrajaya.. Cantik giler bunga api yang diorg pasang.. Sekali hidup jep sampai nak dekat 20 minit dia meletup.. Pergh.. lawa tu.. kitorg amik banyak gambar untuk kenangan.. kitorg ada pergi jugek dengan officemate on the way balik dari tempat kerje kat Cyberjaya.. So sesak gek lah dengan org ramai yg datang nak tgok bunga api ni..
Date: 20/8/08

20. Jalan-jalan di karnival MAHA 2008 di UPM.
- Pergi tgok pameran-pameran makanan and ternakan kat MAHA2008 ni.. best gek sebab boleh test banyak sample makanan.. Datang pusing-pusing jep pun boleh kenyang sebab makan sample diorg bagi.. Then kitorg pun ada try spa ikan.. Hehehe.. 5 ringgit untuk 15 minit.. Masuk jep kaki banyak ikan gigit2 kaki.. syok lah.. Walaupun time tu hujan lebat, and abis basah kuyup kitorg, tapi still enjoy...
Date: 23/8/08

21. Pergi menyaksikan konsert Avril Lavigne.
- Pergi layan konsert Avril Lavigne dekat Stadium Merdeka.. Aku pun memang peminat setia Avril Lavigne dari dulu.. best lah.. walaupun dua hari kemudiannya dah nak puasa dah.. tapi enjoy geklah untuk kali terakhir.. hehe.. aku dgn honeydew pergi dengan kawan-kawan honeydew.. So memang ramai and penuh jugeklah org yang dtg.. Tapi naseb baik kitorg still dapat tempat nak duduk... Yeahhh Avril...
Date: 29/8/08

22. Berbuka puasa ramai-ramai dengan officemates di Chicken Hartz.
- Bukak puase beramai-ramai dengan officemates.. Kitorg makan kat Sunway Piramid.. Aku makan memang banyak giler lah.. sampai dah tak larat dah nak makan.. Sesekali kumpul ramai-ramai luar dari tempat kerja memang lah meriah.. semua orang pun makan banyak-banyak... hehe..
Date: 5/9/08

23. Reunion ex-Buzznet batch 5 dan makan steambot di Restoran Nelayan Bangi.
- Pergi Restaurant Nelayan kat bangi and buat reunion makan berbuka puasa dengan rakan-rakan dari ex-Buzznet.. diorg ni sebenarnya dari Buzznet iaitu tempat kitorg sama-sama training J2EE dulu selama 5 bulan.. dah lama tak jumpa memang macam-macam lah kitorg borak.. next time boleh lah buat reunion lagi ok..
Date: dd/mm/yy

24. Buffet Ramadhan di Restaurant Kunang-Kunang.
-Aku dengan honeydew pergi makan buffet Ramadhan dua orang jep kat Restauran Kunang-Kunang dekat dengan Gombak sana.. jauh giler.. Sebab ada orang kata tempat tu sedap, tu yang kitorg pergi cari jugek tu.. Walaupun hampir putus asa sebab sesat.. last-last lucky kitorg still dapat tempat untuk duduk and makan.. ye lah, dah lah takde buat reservation, main redah jep.. sebaik ada tempat.. Makanan kat sini memang best-best.. tapi dessert dia kurang sikit.. kalau lauk dia pulak ada berbagai pilihan lah.. so, boleh lah..
Date: 13/9/08

25. Celebration of my birthday and dapat gift from my girlfriend.
- Happy Birthday to myself.. hehe.. Thanx honeydew sebab bagi hadiah berupa helicopter remote control.. dari kecik memang teringin giler nak main helicopter control tu.. akhirnye tercapai jugak hasrat.. thanx.. Time ni kitorg jugak pergi makan dinner dekat TGI Friday.. Honeydew belanje.. Sedap tu makanan kat sini.. Walaupun agak mahal sikit tapi memang puas hati lah makan..
Date: 22/9/08

26. One day trip holiday to Bukit Tinggi, Bentong.
- Kitorg pergi jalan-jalan kat Bukit Tinggi, Bentong.. Best tu.. Sejuk gek kat atas sana.. hehe.. sana ada tiga tempat menarik.. Tempat macam Rumah Jepun.. Tempat macam istana kat Calmar Tropicale, and dekat Rabbit Park.. Kat rabbit park best sebab boleh pegang and dukung arnab yang cute.. tapi susah gek nak dukung.. sebab kalau salah cara, arnab tu sure lari.. Balik jep dari Bukit Tinggi, singgah kat kolam air panas Bentong and then terus pegi mandi dua org jep kat air terjun Batu7, Bentong.. Syok giler lah mandi.. dah penat-penat and kepanasan.. Nikmat tu..
Date: 27/10/08

27. Menghadiri kursus pra perkahwinan di presint16, Putrajaya.
- Sebagai persiapan sebelum melangsungkan perkahwinan.. hehe.. amik ilmu sikit.. kursus kahwin ni dijalankan selama satu hari setengah.. Hari Sabtu start ptg kul 2.30pm smpai 6pm.. and ahad pulak full day dari 9am sampai 6pm.. Turut ikut sama ialah kawan officemate iaitu razlan dengan Sufian.. Banyak sesi time kursus ni.. dapat ustaz yang kelakar, memang gelak habis-habis.. kalau ustaz boring, memang tido jep lah semua orang..
Date: 29/12/08

28. Journey to my girlfriend's hometown at Muar.
-Datang jalan-jalan kat kampung honeydew di Muar.. Aku tido semalaman kat rumah kampung sana.. berkenal-kenalan dengan uncle-uncle and aunty-aunty dia.. and tak lupa paling penting beramah mesra dengan bakal mak mertua.. ahaks.. Petang nyer kirorg gi tempat jual barang-barang second hand kat perkampungan orang asli.. semua murah-murah tu.. Kalau pandai cari, boleh dapat barang second hand yang best-best kat sana. Malam nyer kitorg gi makan ikan bakar dekat medan ikan bakar Sabak Awor.. Memang agak terkenal kat Muar ni.. Pergh, makan puas-puas sampai tak ingat... kenyang giler..
Date: 13/12/08

29. Makan malam di KL Tower sempena 1st anniversary.
- First time sampai menara KL.. Pergh, restoran berputar ni memang exclussive giler.. All the makanan really was 5 stars punyer.. best giler.. Romantik and best.. Well, happy anniversary honeydew..
Date: 20/12/08

30. Last day of 2008, masak ayam Berbeque di malam new year.
- Ad Hoc punye plan ni.. Last minutes time lepas maghrib tu baru nak cari ayam, cari bahan-bahan, cari arang... Perghh sebaik dapat semua tu.. Balik rumah marionette ayam dalam 20 minutes jep... then masak atas berbeque set.. Perghh.. jadi tu ayam aku masak.. sedap.. honeydew yang diet pun boleh lupakan diet untuk sehari.. I'm so happy.. with all this sweet memory.. i will always love u honey.. So, happy new year 2009!
Date: 31/12/08