Saturday, January 2, 2010

2010 Resolutions..

Well, still not to late for me to Welcome 2010.. Happy New Year to all ladies and gentleman..... hehe..

Wo.. 2010 ialah tahun yang bermakna.. big day event will be this year.. soon to end up single life.. The countdown is getting close.. With less than 3 months to marry Sharan Izian Binti Mohd Rom.. Debaran kian terasa.. huhu.. Feel nervous but at the same time feel so happy... can't wait for the big day of my life.. i'm gonna eat you... heh heh heh..

So, when talk about new year of coz will think about azam tahun baru..
Hm, lets see what are my resolutions for 2010..

1. Menstabilkan kewangan after married.. Money management to financial freedom.
2. Try to settlekan debt one by one, especially debt from credit card.
3. Helping my mum from the factor of financial.
4. Travel to another country.. jalan-jalan cari makan.
5. Build up otot-otot kat body.. 6 packs kat perut.... hehe..
6. Start to making money.. part time and business..
7. Success dengan kerja kat office..
8. Nak lebih mendalami ilmu agama dan rumahtangga.
9. Menjadi suami yang pandai menjaga, mendidik dan menyayangi isteri.
10. Planning for kids... TWIN~

Hunting the list one by one.. We will see bebeh..
All my best~


.

Monday, December 14, 2009

Drama King

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Menyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat

Bertakhtalah Raja drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengerja hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila raja drama?


Download song: Meet Uncle Hussain ft Black - Drama King.mp3

.

Tuesday, November 17, 2009

Bucuk-bucuk..

Hi Aqil Danish... Alalala bucuk bucuk.. Aunty Eazy merangkap aunty De tengah kiss kiss Aqil.. For your info, Aqil Danish ialah my first anak buah.. Anak kepada my brother ngan kakak ipar.. Baru 3 bulan usianyer....

Aqil ni sangat pendiam... Nak dengar suara dia nangis pun susah.. So kira senanglah mak bapak dia nak jaga.. tak merengek... Tido jep keje...

Kalau dia nangis pun mesti ibu dia kata,

"Kenapa nii.. Aqil lapar dah ke.. nak 'Tek' eh?"


.

Monday, November 16, 2009

I'm waiting...

no one else.. only you...

i feel stupid.. just hope she can read my written..

So that she will happy..

But still no..

.
.

can't wait... hope she will read..

i'm disappointed..

no one notice... i don't mind..

only her... is it today?

still no...

.
.

can't wait... always hope she can read..

where is she?

can't lie... i miss her..

yes... its true..

.
.

Sunday, November 15, 2009

Oh Bulan..



oh bulan... oh bulan...
marilah kita bermadu asmara...
di bawah pohon cemara... diperhati tajam sang pungguk..
pedulikkan...


oh bulan... indahnya sinaran bulan..
marilah kita bercengkerama...
di tepi tasik permai... di perhati bengis sang buaya...
pedulikkan...


oh bulan... oh bulan.. dengarkan aku..
marilah kita tidur.... tidurlah bersama...
di tanah gersang... di perhati hiba sang jengking...
pedulikkan...


oh bulan... kau kekasih hati..
marilah kita bermimpi indah... berdua berlayar cinta...
di alam mimpi... di perhati tawa sang iblis..
pedulikkan...


oh bulan... akan ku tunggu sampainya waktu..
kau dan aku bersatu... dalam dunia nyata...
di perhati riang si rakan taulan...
pedulikkan....


oh bulan... oh bulan... masanya hampir tiba..
ikatan perkahwinan akan termeterai..
sambutlah aku dengan cinta..
di perhati gembira dua keluarga..
jangan kau pedulik...!!!!



.

Cincin Lelaki

Semalam gi usha nak beli cincin untuk aku..

Pegi Midvalley, gi tengok kat kedai Bausch K. (stainless steel jewelery).. huhaha.. harga dari RM19 hingga RM49... tengok kat cincin dalam kaca sebelah lagi.. ada yg harga RM200, ada yg dalam RM450.. dan paling mahal pun tgok dalam thousand plus-plus.. Semua cincin jenis stainless steel...


aku: haa, honey.. you beli kan me cincin yg RM19 tu cukuplah..
honeydew: tak maulah.. takkanlah nak belikan you murah-murah jep.. ngarut betul..
aku: apa salahnyer.. you takyah lah susah-susah belikan me cincin mahal-mahal.. better simpan duit tu untuk guna time kahwin kita nanti..
honeydew: jangan nak ngengada.. sini takde yg menariklah.. jom cari tempat lain..
aku: nak suruh belikan yg murah-murah taknak... ok kita cari yg dalam RM10 ribu ke atas... Amacamm?? hahahaha...

.
.
.

Singgah kat kedai Diamond & Platinum pulak.. haaa masuk.. masuk...

Perghh, memang minat gek ngan design-design dalam kedai ni.. simple, solid and nice..
erk.. tengok harga... mak aihh... RM6000++... kalau yg ni pulak?


Org kedai: Oh, yg ni dalam RM4500++..
aku: Yang ni....?
Org kedai: RM3800++...
aku: Hm, erk, Miss.. takde yg below one thousand ke?
Org kedai: Takde.. cincin platinum memang biasa mahal.. paling murah pun RM1800++...


hadoihhh... takde rezeki lah gayanye nak pakai cincin platinum.. takpelah honey, kita pergi Habib Jewel jep lah... ada promotion 50% off... beli cincin suasa yang kita tengok minggu lepas tu pun ok pe... design pun ok dan harga pun berpatutan.. Setuju? ok, setuju.. So, mana kad kredit? -swipe- hehe..


Pakai cincin apa-apa jep pun takpe, honey.. Jari-jemari tanganku memang untuk you seorang jep... don't worry.. ^_^


.

Saturday, November 14, 2009

Kemas-kemas bilik..

hoiii, bilik bersepah nak mampuihh...

.

.

.

ahaks.. aku sendiri pun dah rasa bilik aku cam tongkang kapal bawak pendatang haram nak pecah kena pukul ombak badai di kala ribut taufan katrina melanda di tengah laut selat china berhampiran persisiran pantai filipina dengan kelajuan mencecah 160km/j hampir menyamai kelajuan kereta MyVi di highway Karak menghala ke selatan Timur berpaksikan arah Timur terbitnya matahari dengan altitude 30 darjah barat daya dan longitude 145 darjah utara dengan suhu yang suam-suam kuku kambing biri-biri tengah mengembek sambil bersantapan rumput-rumput hijau di padang bola sepak stadium Bukit Jalil sambil disaksikan oleh beribu penonton yang hadir menonton drama bersiri Nurkasih di TV3 tanpa mempedulikan angin kencang yang tengah melanda bilik aku yang mengakibatkan penyelerakan molekul-molekul barang dan pakaian yang bertaburan di sana sini.. huh.. begitulah diibaratkan keadaan bilikku yg sungguh nyaman ini...

.

.

.

haha.. ada sape-sape nak tulun aku kemaskan bilik...??

Aku dah keluarkan semua baju baju yg bersepah dalam almari.. sekarang dalam proses tengah melipat dan mengasingkan baju yg dah taknak pakai dengan still nak pakai.. lagi aku dah cabut segala sarung bantal dengan cadar untuk dibasuh.. serta dalam proses nak mengemas barang-barang yg berselerak gilerrr atas meja komputer ni.. lagi dah kutip sampah-sampah juga plastik makanan dan kertas-kertas tak berguna masuk dalam tong sampah... nak kena sapu lagi habuk-habuk dalam bilik ni.. banyak lagi ni nak kena kemas.. huh.. penat-penat.. susah gek nak mengemas bilik bujang ni.. patutlah kena kahwin cepat.. supaya status bilik bujang itu akan bertukar ke status bilik pengantin.. ahahaha.. confirm bilik nanti sentiasa kemas jep... baru ada feeling... ahaks..


.

.


By the way, operasi mencari **tutt**tutt** sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti lokasi yang berkemungkinan tersembunyinya **tutt** tersebut. Antara lokasi yang dikatakan hotspot seperti di ceruk-ceruk bilik.. dan juga di bawah katil serta mungkin di bawah meja komputer atau juga di belakang pintu... hahaha.. anda pasti tertanya-tanya apakah yg dimaksudkan dengan **tutt**...

sila scroll ke bawah...



.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.





.

Thursday, November 12, 2009

Penuh hutang..

1. Hutang PTPTN
2. Loan Kereta
3. Loan ASB
4. Loan Personal
5. Credit Card Maybank
6. Credit Card CIMB
7. Pinjam Family
8. Pinjam dengan tunang sendiri
9. Bill Maxis
10. Sewa rumah (soon)
11. Bil api dan air (soon)
12. Bil internet Streamix/WiMax (soon)


** Tambah tolak semua hutang dalam list kat atas, setiap bulan kena spent antara RM2800 hingga RM3100......

** Income gaji bulan pun cukup-cukup makan jep..

** Belum tambah duit nak makan minum, beli barang dapur, nak beli barang keperluan rumah lepas kahwin, servis kereta, duit nak bagi kat parent lagi, duit nak tengok wayang sekali sekala, nak pergi melancong setahun sekali ke...

** Kalau boleh aku dah taknak tambah hutang lagi.. tapi kini aku dalam keadaan terpaksa berhutang..

** Aku rasa aku dah sampai tahap yg agak kronik ngan hutang..

** Duit nak saving pun zero sebab kena bayar hutang-hutang..

** Nak menangis kenang bila jadi camni.. takut pun ada..

** Sampai bila agaknyer baru boleh settle semua hutang..

** Tolong bagi aku idea... tolong bantu aku.. Ada apa cara yg aku boleh buat nak kurangkan hutang-hutang semua ni??



Note: Ada sape-sape nak bantu boleh bank in kan dalam akaun :-

Maybank: 1234-56789-10
Account Holder: Hutang Bin Piutang



Secebis rangkap lagu untuk semua insan yang sedang mengalami nasib sama cam aku, terimalah...

" Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja "


.

Saturday, November 7, 2009

Harga Emas Naik Lagi..

walaaweehh... harga emas dah memang tinggi dulu RM127/g... tiba-tiba semalam naik lagi jadi RM134/g...menyesal.. oh menyesal... hari tu dah usha usha tengok barang kemas tuk nikah nanti.. dah nampak yg berkenan dgn harga within budget... tapi malas nak beli lagi... relax dulu.. dengan harapan hujung tahun ada sale atau promotion.. boleh dapat murah ke... atau harga emas akan turun ke...



sekali tiba-tiba....




deyymm.... terkejut tengok semalam kat Habib Jewel kat Alamanda... harga pasaran dah jadi RM134/g.. tanya orang kedai tu bila harga emas naik? dia kata baru jep semalam naik... waaaaaa... naik RM7 per gram tu.... tanya lagi, agak-agak harga emas akan turun semula tak... then orang tu jawab... rasanyer nanti mungkin akan naik lagi... emas susah nak turun... huwaaaaa... menangis aku dalam hati... sob.. sob.. harga emas kat semua kedai pun confirm dah naik...




hmm.. nasihat kepada lelaki-lelaki yg bakal nak mendirikan rumahtangga tu... belilah emas dari sekarang untuk bakal isteri anda.. supaya anda tak menyesal dapat beli sebelum harga emas terus melambung naik.. belikanlah dia barang kemas yg dia suka, tidak perlu terlalu bernilai tapi cukuplah dengan kemampuan anda... apalah sangat emas tu berbanding dgn dia yg bakal menjadi milik kamu selamanya... kerana ku percaya jika kasih sayang isteri kepada anda ikhlas, ianya pasti akan lebih bernilai daripada emas yg bakal diberikan..




** honeydew.. kita beli emas yg ringan-ringan jep lah k... hehe.. ^_^

.

Friday, November 6, 2009

Busy!

SMS kepada tunangku:

Date: 6/11/2009
Time: 3.46pm

Honeydew.. Miss u.. Keje leklok k.. Tak biasa pulak dgn honeydew yg busy..
Selalu tgok you huha huha jep.. Can't wait to live with you after married..
So dat i can see you everyday.. Hug you and kiss you..

------------------------------------------------------------------

.
.
.
.
.

miss her so much..~

Monday, July 6, 2009

Kantoi..

Lagu ni i dedicate to my honeydew coz dia suka sangat tiap kali lagu ni main kat Radio... huhu..


Zee Avi - Kantoi

Semalam I call You, You tak answer
You kata You keluar pergi dinner
You kata You keluar dengan kawan You
but when I called Tommy he said it wasn't true


So i drop my car pergi Damansara
Tommy kate maybe You tengok bola
tapi bila I sampai…You, You tak ada
Lagi la I jadi gila


So I called then called sampai You answer
You kata sori sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain


Sudahlah sayang, I dont believe You
I’ve always known that your words is never true
Why I’m with You?
I pun tak tahu
No wonder la my friend pun tak suka You


So I guess thats the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex boyfriend best friend - Tommy


.

Sunday, April 26, 2009

My engagement..

Nothing much to write.. last three weeks, 11 April 2009 was my engagement day.. SO wedding day should be on ???

Argghh.. i haven't decide yet.. i don't know when and what date is suitable.. But for sure it will be on next year.. Need to do lots of preparation starting from today onwards.. **headache already**

Have any suggestion or advise or IDEAS ??


Align CenterMe and my fiancee.. we are in love!

.

Thursday, March 12, 2009

The World's Billionaires 2009!

Here are the latest ranking of the world's billionaires 2009.

So hopefully after 10 years later, my name will be on the list also.. (but, i guess it impossible isn't it?) hehe.. Malaysia Boleh!!!!!~

Update on 11 March 2009..

RankNameCitizenshipAgeNet Worth ($bil)Residence
1 Bill Gates United States 53 40.0 United States
2 Warren Buffett United States 78 37.0 United States
3 Carlos Slim Helu & family Mexico 69 35.0 Mexico
4 Lawrence Ellison United States 64 22.5 United States
5 Ingvar Kamprad & family Sweden 83 22.0 Switzerland
6 Karl Albrecht Germany 89 21.5 Germany
7 Mukesh Ambani India 51 19.5 India
8 Lakshmi Mittal India 58 19.3 United Kingdom
9 Theo Albrecht Germany 87 18.8 Germany
10 Amancio Ortega Spain 73 18.3 Spain
11 Jim Walton United States 61 17.8 United States
12 Alice Walton United States 59 17.6 United States
13 Christy Walton & family United States 54 17.6 United States
14 S Robson Walton United States 65 17.6 United States
15 Bernard Arnault France 60 16.5 France
16 Li Ka-shing Hong Kong 80 16.2 Hong Kong
17 Michael Bloomberg United States 67 16.0 United States
18 Stefan Persson Sweden 61 14.5 Sweden
19 Charles Koch United States 73 14.0 United States
20 David Koch United States 68 14.0 United States
21 Liliane Bettencourt France 86 13.4 France
22 Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud Saudi Arabia 54 13.3 Saudi Arabia
23 Michael Otto & family Germany 65 13.2 Germany
24 David Thomson & family Canada 51 13.0 Canada
25 Michael Dell United States 44 12.3 United States


Source from Forbes.com............................. ^_^

p/s: Dear Bill gates, it would be nice if u can donate me some money..

.

Wednesday, March 11, 2009

Access Forbidden to Blogger

Access Forbidden.

Access to URL: http://www.blogger.com/

Has been blocked.

Reason:

Site is listed in the forbidden category : Personal Network Storage.



So, in the end.. www.blogger.com already has been blocked by the company server..

No more blogging in office hour.. ='(

Another series of unfortunate event in this company...

*Damn!*

.

Wednesday, February 25, 2009

Kena tahan dengan polis lagi...

Apa malang nasib aku.. dalam tempoh seminggu jep, dua kali aku kena tahan dengan polis... Minggu lepas somewhere area PJ.. time aku bawak kereta kelisa biru kepunyaan honeydew.. hmm, salah aku jugeklah sebenarnya.. sebab u-turn tempat tak sepatutnya.. Sign board jelas-jelas tak boleh u-turn kat traffic light tu.. tapi aku slumber u-turn gek.. sekali dah u-turn, ada road block pulak kat depan.. ahh sudah.. kantoi aku.. Aku dah gelabah.. dah lah dengan tak pakai tali keledar lagi... Sh*ttt.. Terpaksalah aku guna jurus memasang tali keledar sepantas kilat.. Tapi takdelah pulak kilat time tu, cuaca pun panas jep..

Polis dah block depan kete aku suruh ke tepi.. terpaksalah aku akur dengan situasi kena berhentikan kereta ke tepi.. Ye lah.. takkan aku nak lari and speed langgar polis tu pulak.. Giler apa.. tak pasal-pasal masuk lokap free-free pulak nanti..

Bila aku stop jep kereta kat tepi... terus aku tutup radio, bukak tingkap, mati kan enjin kereta... Brother polis tu datang mintak lesen dengan IC... Dalam kepala aku dah terbayang-bayang, abislah duit aku nanti kalau kena saman.. So, aku pun keluarkan lah wallet aku then terus bagi IC dengan lesen.. polis tu cakap, 'ko buat salah ni, u-turn kat situ..' .. Yelahh, macamlah aku taktau aku u-turn kat situ.. So WHAT???

Maka bermulalah adengan pujuk rayu supaya aku dilepaskan.. cisss.. jatuh ego aku bila aku pujuk rayu polis tu.. Aku mintak dia lepaskan aku.. Aku bagi alasan yang aku dtg sebab nak amik kereta aku hantar repair kat workshop depan tu (sambil tunjuk jari workshop kat depan) dan aku explain, ni pun pinjam kereta orang sekejap untuk pergi workshop tu.. Aku bagi alasan lagi kata yang aku tak biasa kawasan ni, jarang sangat ada kat kawasan ni, datang pun sebab nak pergi workshop.. Aku pun cakap gek lah yang aku tengok kereta depan aku tu u-turn, so aku pun u-turn gek lah.. Polis tu sound balik, 'Ko ikut kereta depan sapa suruh, lenkali ikut sign board'.. Oh encik polis, pedas betul aku rasa bila ko balas semula alasan aku tadi.. takpe takpe.. aku cari alasan lain..

Aku cakap lagi, aku tengah takde duit, gaji tak masuk lagi.. and aku perlukan duit sekarang sebab aku dah nak kahwin.. Nak pakai duit banyak beli barang-barang kahwin.. So kalau aku bayar saman, mana aku nak cari duit... Aku tengok encek polis tu dah mula memahami hati naluri dan situasi aku (aku agak polis tu pun dah nak kahwin kot, so dia cam paham lah kalau kahwin kena pakai duit banyak).. 'Serious brotherrrrrrr polisssss... saya dah nak kahwin ni.. banyak nak pakai duit...' .. hehehe.. berkesan gek taktik menagih simpati aku.. hmmm... Paling berkesan ialah bila aku buat muka seposen kat situ... hahaha.. nampak giler aku tak berduit time tu... Darurat beb.. biar hilang ego daripada hilang duit kena bayar saman.. huh!!

Polis tu siap nak mintak rahsuah dari aku.. kalau nak settle ngan dia, dia mintak RM150.. separuh daripada jumlah kalau aku kena saman (kalau saman bayar RM300).. gilerrrr.. takkan aku nak bagi rahsuah.. lagipun duit dalam wallet aku ada dalam belas-belas ringgit jep... Aku terpaksa pujuk lagi polis tu.. Aku memang takde duit.. aku mintak dia lepaskan aku.. Aku siap tunjuk isi duit dalam wallet aku kat dia.. Hmm, sebaik memang duit aku tgh sikit time tu.. Maklumlah tengah-tengah bulan ni... duit takde, hutang bertambah ada lah.. Tiba-tiba dia marah pulak aku and suruh letak bawah sikit wallet tu sebab takut nanti orang lain atau ketua dia nampak aku cuba rahsuah dia.. eh, aku pun tak hinginnn lah nak bagi ko rahsuah....

Last-last polis tu tanya camne.. aku still lah kata takde duit.. and pujuk dia jangan saman aku.. Aku mintak maaf and kata takkan ulang lagi u-turn kat situ.. hehe.. agaknye polis tu kesian dah kat aku, atau aku rasa paling tepat, dia dah malas nak layan aku kot.. Buang masa jep dengar cakap-cakap aku, akhirnya dia pulangkan semula IC dengan lesen aku... dan dia lepaskan aku and suruh aku pergi.. huh.. selamat duit aku.. cibai nyer polis... dah lah aku terpaksa pujuk rayu dia.. jatuh ego aku tau tak???? pastu ko siap mintak rahsuah agi... cilakak... tapi nak buat camne.. sebaik ko polis.. ada kuasa.. kang kalau aku melawan kang, aku jugek yg kena.. Lagipun salah aku gek u-turn situ.. sabar jeplah.. yg penting bersyukur aku tak kena saman.. syukur alhamdulillah.. pengajaran ialah, jangan u-turn kat situ lagi time siang-siang.. ahaks..

Dah abis satu cerita, nak masuk cerita yang kedua.. semalam aku kena tahan polis lagi.. kali ni time aku tengah naik motorsikal.. Bodoh pulak polis ni.. tiba-tiba rajin nak tahan aku.. Time tu balik kerje, cam biasa naik kereta kelisa biru.. sampai jep rumah honeydew kat somewhere area PutraHeight... Then aku terus hidup enjin motor nak balik rumah aku pulak.. Time tu aku parking motor kat rumah si dia tu lah.. keluar jep kawasan perumahan si dia tu, tiba-tiba ada kereta polis drive sebelah aku sambil bunyik-bunyik siren and nyala-nyala lampu biru atas kereta polis tu.. sambil tunjuk tangan signal suruh aku berhenti ke tepi.. Sekali lagi aku gelabah pasal tak katip tali helmet betul-betul kat helmet time tu.. Cinabenggg, kena lagi.. Malang pulak nasib aku..

Then aku terpaksalah berhenti ke tepi and kereta polis berhenti depan aku.. Dua orang polis keluar kereta terus mintak IC dengan lesen and nak tengok road tax motor sekali.. hmm.. sorang lagi polis tu pulak tanya aku kerja apa..? Dari mana..? and tinggal mana..? hadoiihhh, banyak pulak tanya... nak tengok IC dengan lesen aku, tengok jeplah, tak payah lah banyak tanya... hmm.. aku tanya semula, kenapa? saya ada buat salah pape ke? Encek polis tu kata just rutin rondaan jep.. Just nak check biasa-biasa jep.. Hmm, nak jep aku tanya balik.. Muka aku ni cam muka penjenayah ke? atau aku bawak motor macam mat rempitt ke? atau dalam keadaan mencurigakan ke??? ... Masa tu, nak kata aku rempit, slow jep aku bawak dalam 60km/j... Ahh, sukati ko lah polis, yang penting aku tak buat salah pape.. Polis tu check data aku dalam sistem kat kereta dia untuk tengok aku ada rekod jenayah atau tak.. Sah-sah lah aku takde rekod.. aku kan budak baik.. Cisssssss...~

Tak lama kemudian, polis tu pulangkan semula IC and lesen aku.. Dia kata takde pape masalah and aku boleh pergi.. Then terus diorg masuk kereta and blah.. aku pun start enjin motor and blah gek.. Dalam tempoh seminggu jep, dua kali kena tahan polis.. ada petanda malang ke hah?? Minggu depan tahan lah aku lagi kalau nak rasa kena calar kereta polis tu.. eh tak tak.. aku main-main jep.. huarghahaha...


p/s:
Polis yang suka mintak rahsuah memang ada jep mana-mana...
Yang penting.. Mak, aku nak kahwinn... !!!!!!!


.

Thursday, February 19, 2009

Aku semakin Hitam!

Aku semakin hitam?

mana tidaknye.. sebab aku:

1. Terpaksa berjalan kaki pergi dan balik ke terminal untuk Lunch.

2. Terpaksa parking kereta kat depan construction site yang jauh kalau takde parking.

3. Terpaksa meredah panas terik kalau naik motor sekali pun.



Sedangkan si dia..







semakin cerah~


p/s: hmm.. nanti kahwin dapat anak kulit warna taik cicak..

.

Wednesday, February 18, 2009

Optimus Prime Full Tank..


hari tu.. pergi stesen minyak nak pump petrol.. Tiba-tiba nampak robot transformers, Optimus Prime, kat pump sebelah tengah refill tangki minyak petrol kat badan dia.. Korang agak-agak berapa Ringgit Malaysia Optimus Prime nak kena isi untuk full tank???

....
...
..
..
.
.



RM999.00 tuuuuuuu...
giler mahal!!!


.

Geng: Pengembaraan Bermula Upin & Ipin..

Upin dan Ipin mula-mula sekali aku tengok time bulan puasa lebih kurang dua tahun lepas.. Cerita pendek 5 minit kat TV9 pukul 7 malam.. Cerita yang mengisahkan dua orang budak kembar bernama Upin dan Ipin menjalani kehidupan di bulan puasa.. Mereka tinggal di kampung bersama dengan kak Ros dan Opah diorang.. So kali ini, Les' Copaque Production Sdn Bhd telah menerbitkan cerita ini ke layar perak dan membawakan perspektif baru penonton dalam dunia filem animasi tempatan ke satu tahap yang boleh kita kagumi..


Cerita filem animasi ini telah diberikan nama sebagai 'Geng: Pengembaraan Bermula.. Upin & Ipin..' So actually, geng menceritakan tentang Badrol, seorang budak bandar yang pulang ke kampung bersama rakan karibnya yang bernama Lim.. Mereka tinggal di rumah Tok Dalang iaitu atok kenapa Badrol di Kampung Durian Runtuh.. Apabila mereka sampai di sana, orang kampung mula berkata-kata tentang misteri kehilangan durian di dusun Tok Dalang akibat perbuatan Hantu Durian..


Waktu di kampung, badrol dengan Lim telah berjumpa dengan geng baru mereka iaitu Ros (kakak kepada Upin dan Ipin yang sangat garang), Upin dan Ipin, serta Rajoo bersama dengan lembu kesayangannya.. Apabila geng mereka ini secara tidak sengaja telah bertemu dengan Oopet, sejenis makhluk misteri yang suka makan durian di dusun Tok Dalang.. Kerana cuba mengejar haiwan misteri ini telah mengakibatkan mereka tersesat jauh dalam hutan.. Maka di sini lah pengembaraan mereka bermula..


Disajikan penuh dengan pelbagai aksi mencemaskan dan menghiburkan apabila mereka telah diserang oleh raksasa yang dikatakan penduduk kampung sebagai Hantu Durian.. kemunculan Oopet yang penuh misteri pula tiba-tiba cuba membantu geng ini untuk menyelamatkan diri.. Gelagat Upin dan Ipin yang comel dengan aksi dan percakapan mereka.. Misteri Kampung Durian Runtuh telah semakin hampir dibongkari.. So, ikutilah sendiri pengembaraan mereka ini dalam filem animasi Malaysia yang kini sedang ditayangkan di pawagam.. Penonton pasti akan dihiburkan dengan gelagat Upin dan Ipin serta geng mereka.. Pasti juga riang gembira apabila menonton bersama seluruh keluarga dihujung minggu.. So, bersamalah kita menyokong industri filem animasi tempatan..


Suara Positive Aku:


1. Upin & Ipin yang kita tahu memang comel dengan aksi dan gelagat mereka.

2. Animasi 3D yang cantik dengan watak dan suara, serta pengunaan color dan tone yang menarik..

3. Ada pergerakan matrix time slow motion.. nampak smart jep..

4. Jalan cerita yang bagus, idea yang menarik dan mengandungi banyak elemen seperti, gembira, suspen, seram, kelakar dan sebagainya.. good job for geng team.. =)


Suara Kutukan Aku:

1. Babak kena serang dengan haiwan raksasa kat hutan macam panjang sangat.. Nampak mengarut pulak dan membosankan..

2. Suara Oopet yang bercakap bahasa asing terlalu banyak lebih kurang sama bunyi.. So kadang-kadang macam annoying sikit bunyi suara Oopet..

3. Lori dengan bas drifting melampau-lampau.. Nampak sangat penggunaan graphic computer yang melampau masa tu.. kena bagi smooth sikit pergerakan drifting dia..

4. Ayam yang saje melintas tengah-tengah jalan secara tiba-tiba apabila nampak kenderaan nak lalu.. Macam ntah apa-apa sikit.. Takde kaitan dan tak kelakar sangat pun sebenarnya babak ayam tu..


** So aku bagi 4 bintang daripada 5 bintang!!

.

Tuesday, February 17, 2009

Puteri Gunung Ledang The Musical..

Me and honeydew posing at Puteri Gunung Ledang backdrop


Last weekend, we went out for dating on the day people so called Valentines day.. Or perhaps, i would like to say on couple's day.. So on that night, we went for Puteri Gunung Ledang the musical show at Istana Budaya, Kuala Lumpur.. Its the best show i had ever seen so far.. We already bought the ticket about a month before.. Luckly we got discount by showing our student card eventhough we are not student anymore and got the student price on that day we bought that ticket.. i think thanks god, because we both face looked young like a student, age 18 to 21 years old.. people do believe when see us u know.. hehe..


It is my first time i when for watched a theater.. same as my honeydew.. So, actually if u want to go to Istana Budaya, u need to wear something formal or smart casual.. Selipar not allowed sama sekali.. So we can see, semua yang datang pun pakai lawa-lawa and smart-smart.. Damn, i like the environment.. Its seems like people wanna go for having dinner at the very exclusive hotel.. very high class and nice the environment (also got many pretty girl at there also.. heh heh heh)... My cute honeydew also looked pretty on that night with her dress.. Well, me also looked smart and kacak on that night (nobody wanna praise me, so i praise myself).. huh!


Our seat was at the 3rd floor at the right side from the stage, second row from the front.. Our seat was actually not so bad because we can see clearly the stage from that place.. So the PGL show start at 8.30pm.. and around 10pm they stop for 20 minutes for taking a break and continue until 11.15pm.. The story was really good, great and world class.. now i know the reason why PGL dapat sambutan yang menggalakkan until all the ticket already been sold out.. because of the good show they perform to the audience lah.. that is why lah PGL already bertahan sampai dah masuk season 3... Nice work PGL team, good job!!.. The actor and actress also was superb.. kudos for them.. I really like the props they used at the stage.. And with the orchestra team to play the music and sound effect for the show.. The story line perfect with all emotion like love scene, romantic, humour, fighting, dancing, power, culture, suspense, magic, sad, anger, singing and etc.. Trust me, u wont regret to watch this show..

I can say everybody was amazed with their performance.. Its really worth it to watch this theater.. i really had a great time on that night.. Felt so happy to watch this theater and all thanks to honeydew sebab ajak me to watch this PGL show..

See some pictures we taken on that night:

me and honeydew before the show begin..



Myself as the Hang Tuah on that night... hehe..



My cutie honeydew and the crowded of peoples at the back

Friday, February 13, 2009

Tol NPE..

KUALA LUMPUR: Kabinet setuju kutipan tol di plaza Petaling Jaya Selatan 2(PJS2), Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) yang menghala ke Kuala Lumpur dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.

Ia diumumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed, selepas menerima rungutan orang ramai bahawa kutipan di plaza tol berkenaan membebankan.



hehe... Aku suka!~

.