Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Wednesday, February 18, 2009

Geng: Pengembaraan Bermula Upin & Ipin..

Upin dan Ipin mula-mula sekali aku tengok time bulan puasa lebih kurang dua tahun lepas.. Cerita pendek 5 minit kat TV9 pukul 7 malam.. Cerita yang mengisahkan dua orang budak kembar bernama Upin dan Ipin menjalani kehidupan di bulan puasa.. Mereka tinggal di kampung bersama dengan kak Ros dan Opah diorang.. So kali ini, Les' Copaque Production Sdn Bhd telah menerbitkan cerita ini ke layar perak dan membawakan perspektif baru penonton dalam dunia filem animasi tempatan ke satu tahap yang boleh kita kagumi..


Cerita filem animasi ini telah diberikan nama sebagai 'Geng: Pengembaraan Bermula.. Upin & Ipin..' So actually, geng menceritakan tentang Badrol, seorang budak bandar yang pulang ke kampung bersama rakan karibnya yang bernama Lim.. Mereka tinggal di rumah Tok Dalang iaitu atok kenapa Badrol di Kampung Durian Runtuh.. Apabila mereka sampai di sana, orang kampung mula berkata-kata tentang misteri kehilangan durian di dusun Tok Dalang akibat perbuatan Hantu Durian..


Waktu di kampung, badrol dengan Lim telah berjumpa dengan geng baru mereka iaitu Ros (kakak kepada Upin dan Ipin yang sangat garang), Upin dan Ipin, serta Rajoo bersama dengan lembu kesayangannya.. Apabila geng mereka ini secara tidak sengaja telah bertemu dengan Oopet, sejenis makhluk misteri yang suka makan durian di dusun Tok Dalang.. Kerana cuba mengejar haiwan misteri ini telah mengakibatkan mereka tersesat jauh dalam hutan.. Maka di sini lah pengembaraan mereka bermula..


Disajikan penuh dengan pelbagai aksi mencemaskan dan menghiburkan apabila mereka telah diserang oleh raksasa yang dikatakan penduduk kampung sebagai Hantu Durian.. kemunculan Oopet yang penuh misteri pula tiba-tiba cuba membantu geng ini untuk menyelamatkan diri.. Gelagat Upin dan Ipin yang comel dengan aksi dan percakapan mereka.. Misteri Kampung Durian Runtuh telah semakin hampir dibongkari.. So, ikutilah sendiri pengembaraan mereka ini dalam filem animasi Malaysia yang kini sedang ditayangkan di pawagam.. Penonton pasti akan dihiburkan dengan gelagat Upin dan Ipin serta geng mereka.. Pasti juga riang gembira apabila menonton bersama seluruh keluarga dihujung minggu.. So, bersamalah kita menyokong industri filem animasi tempatan..


Suara Positive Aku:


1. Upin & Ipin yang kita tahu memang comel dengan aksi dan gelagat mereka.

2. Animasi 3D yang cantik dengan watak dan suara, serta pengunaan color dan tone yang menarik..

3. Ada pergerakan matrix time slow motion.. nampak smart jep..

4. Jalan cerita yang bagus, idea yang menarik dan mengandungi banyak elemen seperti, gembira, suspen, seram, kelakar dan sebagainya.. good job for geng team.. =)


Suara Kutukan Aku:

1. Babak kena serang dengan haiwan raksasa kat hutan macam panjang sangat.. Nampak mengarut pulak dan membosankan..

2. Suara Oopet yang bercakap bahasa asing terlalu banyak lebih kurang sama bunyi.. So kadang-kadang macam annoying sikit bunyi suara Oopet..

3. Lori dengan bas drifting melampau-lampau.. Nampak sangat penggunaan graphic computer yang melampau masa tu.. kena bagi smooth sikit pergerakan drifting dia..

4. Ayam yang saje melintas tengah-tengah jalan secara tiba-tiba apabila nampak kenderaan nak lalu.. Macam ntah apa-apa sikit.. Takde kaitan dan tak kelakar sangat pun sebenarnya babak ayam tu..


** So aku bagi 4 bintang daripada 5 bintang!!

.

Friday, February 6, 2009

Mari mengkritik Ong Bak2..


Ong Bak 2.. Semalam pergi tonton dengan orang yang aku sayang dekat GSC Alamanda Putrajaya.. Nak try review sikit.. hehehe.. Cerita Ong Bak2 takde sangkut paut pun dengan cerita Ong Bak1.. Tapi still mengekalkan pelakon yang sama iaitu Tony Jaa..

Cerita ni mengisahkan tentang seorang budak bernama Tien (lakonan Tony Jaa) yang kematian mak bapak sebab kena bunuh dengan pembelot kerajaan, Tuan Rajasena (dilakonkan oleh Saranyu Wongkrajang).. Perghh.. nama Thailand ni susah betul nak sebut.. hehe..

So Tuan Rajasena yang zalim dan giler kuasa ni telah merancang nak rebut takhta negara.. dia hantar pembunuh upahan untuk bunuh keluarga Tuan Sihadecho (bapa kepada si Tien tadi) serta tenteranya yang taat setia.. So Tien jep yang selamat pasal salah sorang tentera bawahan ayahnya berjaya melarikannya..

Tien kemudian ditangkap dan hampir dibunuh oleh pedagang hamba abdi.. Dia telah dicampakkan dalam kolam dan dipaksa bertarung dengan buaya.. babak yang boleh dikatakan mencemaskan.. lawan dengan buaya tu.. tak cemas ke??

Kagum dengan semangat pertarungan dan naluri membunuh yang terdapat dalam diri Tien, Chernang (lakonan Soparong Chatree... muka ala-ala M. Nasir versi Thailand bak kata Razlan.. juga seorang ketua bagi kumpulan penyamun diberi nama "Sayap Garuda") telah menyelamatkan Tien dan mengambilnya sebagai anak angkat dan membesarkannya dengan berbagai ilmu pertarungan seperti ilmu pedang, ilmu lawan muay thai, ilmu kungfu mabuk, ilmu bom dan jugek ilmu silap mata.. hahaha..

So cerita seterusnya korang boleh agak camne, lawan.. lawan.. lawan.. dan lawan.. hm, nak tunjuk power lah kot.. and nak balas dendam dengan Tuan Rajasena pasal merancang bunuh keluarga dia dan nak cari pembunuh yang telah membunuh bapa Tien..

So abis cerita dan abis jugek aku nak review movie Ong Bak2 nih...

Suara Positive Aku:

1. Aku suka musuh dia yang guna teknik lawan harimau dan burung gagak.. Smart... sebijik cam binatang dia punyer pergerakan dan sound dia..

2. Aku suka dia belasah musuh dia guna kepala lutut dengan siku.. yeahhh.. hidup muay Thai..

3. Aku suka aksi time lawan buaya tu.. camne buaya tu berlakon ha?? guna side effect eh..

4. Aku suka time Tien terbaring kat gading gajah tu, then musuh dia yang macam burung gagak tu lompat balik kuang and landing straight atas Tien... perghhhhhhhhhh... ganas giler.. mau tak senak perut kena hentam camtu... kagum aku..

Suara Kutukan Aku:

1. Aku lagi suka Ong Bak1 sebab banyak aksi muay thai... Ong Bak2 ni banyak aksi lawan guna senjata.. bosan... cerita kungfu Thailand mestilah muay Thai... baru best... lawan guna kepala lutut.. guna siku.. tumbukan yang keras macam besi... Ini tiba2 kungfu cina mabuk pun sesat.. apa cite???

2. Aku tak paham bila dah nak dekat2 ending tu, tiba2 dia kena lawan dengan ramai giler musuh ntah datang dari mana ntah.. kelakar dengan orang pakai topeng bakul tu.. hahaha.. dalam banyak2 topeng, bakul yg ko guna.. bengong apa ke?

3. Ending yang tergantung, sepatutnya hero mati, tapi tiba2 tak mati... hmm.. and tiba2 masuk bab Karma pulak.. apa kaitan Karma dengan hero yang patut mati?

4. Bosan giler time awek Tien time kecik tu dah besar and dia menari tarian Thai.. begitu juga time Tien buat aksi tarian silat depan Rajasena tu... Buat adengan menari sekejap jep dah lah.. ini lama giler sampai aku menguap 3-4 kali time adengan tarian tu jep..

5. Apa kesudahan kisah Tien dengan awek lama dia tu? dengan gelang loceng yang dia bagi tu? aku rasa dia nak buat Ong Bak3 kot.. sebab tu semua ending tergantung jep..

** So far aku bagi 3 stars jep daripada 5 stars.. =)


.