Thursday, February 12, 2009

Dengan ini merasmikan..

Syukur kepada tuhan..

dengan ini saya merasmikan..

design baru time-captured..

;)


..

Wednesday, February 11, 2009

tunggu esok..

esok!!!

time-captured.blogspot.com akan berwajah baru..

tunggu jep lah esok ok..

hehe.. =P

Tuesday, February 10, 2009

Hari minggu..

Hari itu hari minggu.. makan, minum, tido..


Drebar siput..

lampu traffic dah hijau.. kete depan still tak bergerak..

'hoiit kete depan.. rabun warna ke?'

bagi honn sikit...
baru nak gerak.. tapi gerak perlahan cam siput..

kesimpulan aku buat.. drebar dia pun siput agaknye..


Air kosong..

'bang, air kosong berapa kira?'
'20sen jep dik..!'
'duit syiling kecik takdelah, lima ringgit kertas boleh?'
'hm, takpelah.. kira free jep lah..'

kesimpulan aku buat.. air kosong jadi free kalau hulur duit kertas lima ringgit..


Baju melayu..

masuk kedai baju melayu..

'dik, masuk dik, cari baju melayu warna apa?'
'takpe kak, saya tengok2 dulu..'
'cari baju melayu jenis camne?'
'taktau lagi kak, saya tengok2 dulu k..'
'nak cari leher jenis cekak musang atau biasa?'
'ntahlah kak, saya pun taktau..'
'dik, yang ni kain dia elok ni..'

aku senyum.. keluar kedai and terus blah..

kesimpulan aku buat.. aku tak suka dengan kakak tu.. sibuk jep.. hehe..


Resit..

Beli sebungkus roti kat 7 eleven..
bayar duit, mintak resit.... dia bagi plastic
Beli air kotak satu kat 7 eleven..
bayar duit, mintak resit.... dia bagi plastic
Beli gula-gula hacks sebijik kat 7 eleven..
bayar duit, mintak resit... dia bagi plastic..

kesimpulan aku buat... mintak resit.. dapat plastic...


ha ha.. ;)


...

Friday, February 6, 2009

Mari mengkritik Ong Bak2..


Ong Bak 2.. Semalam pergi tonton dengan orang yang aku sayang dekat GSC Alamanda Putrajaya.. Nak try review sikit.. hehehe.. Cerita Ong Bak2 takde sangkut paut pun dengan cerita Ong Bak1.. Tapi still mengekalkan pelakon yang sama iaitu Tony Jaa..

Cerita ni mengisahkan tentang seorang budak bernama Tien (lakonan Tony Jaa) yang kematian mak bapak sebab kena bunuh dengan pembelot kerajaan, Tuan Rajasena (dilakonkan oleh Saranyu Wongkrajang).. Perghh.. nama Thailand ni susah betul nak sebut.. hehe..

So Tuan Rajasena yang zalim dan giler kuasa ni telah merancang nak rebut takhta negara.. dia hantar pembunuh upahan untuk bunuh keluarga Tuan Sihadecho (bapa kepada si Tien tadi) serta tenteranya yang taat setia.. So Tien jep yang selamat pasal salah sorang tentera bawahan ayahnya berjaya melarikannya..

Tien kemudian ditangkap dan hampir dibunuh oleh pedagang hamba abdi.. Dia telah dicampakkan dalam kolam dan dipaksa bertarung dengan buaya.. babak yang boleh dikatakan mencemaskan.. lawan dengan buaya tu.. tak cemas ke??

Kagum dengan semangat pertarungan dan naluri membunuh yang terdapat dalam diri Tien, Chernang (lakonan Soparong Chatree... muka ala-ala M. Nasir versi Thailand bak kata Razlan.. juga seorang ketua bagi kumpulan penyamun diberi nama "Sayap Garuda") telah menyelamatkan Tien dan mengambilnya sebagai anak angkat dan membesarkannya dengan berbagai ilmu pertarungan seperti ilmu pedang, ilmu lawan muay thai, ilmu kungfu mabuk, ilmu bom dan jugek ilmu silap mata.. hahaha..

So cerita seterusnya korang boleh agak camne, lawan.. lawan.. lawan.. dan lawan.. hm, nak tunjuk power lah kot.. and nak balas dendam dengan Tuan Rajasena pasal merancang bunuh keluarga dia dan nak cari pembunuh yang telah membunuh bapa Tien..

So abis cerita dan abis jugek aku nak review movie Ong Bak2 nih...

Suara Positive Aku:

1. Aku suka musuh dia yang guna teknik lawan harimau dan burung gagak.. Smart... sebijik cam binatang dia punyer pergerakan dan sound dia..

2. Aku suka dia belasah musuh dia guna kepala lutut dengan siku.. yeahhh.. hidup muay Thai..

3. Aku suka aksi time lawan buaya tu.. camne buaya tu berlakon ha?? guna side effect eh..

4. Aku suka time Tien terbaring kat gading gajah tu, then musuh dia yang macam burung gagak tu lompat balik kuang and landing straight atas Tien... perghhhhhhhhhh... ganas giler.. mau tak senak perut kena hentam camtu... kagum aku..

Suara Kutukan Aku:

1. Aku lagi suka Ong Bak1 sebab banyak aksi muay thai... Ong Bak2 ni banyak aksi lawan guna senjata.. bosan... cerita kungfu Thailand mestilah muay Thai... baru best... lawan guna kepala lutut.. guna siku.. tumbukan yang keras macam besi... Ini tiba2 kungfu cina mabuk pun sesat.. apa cite???

2. Aku tak paham bila dah nak dekat2 ending tu, tiba2 dia kena lawan dengan ramai giler musuh ntah datang dari mana ntah.. kelakar dengan orang pakai topeng bakul tu.. hahaha.. dalam banyak2 topeng, bakul yg ko guna.. bengong apa ke?

3. Ending yang tergantung, sepatutnya hero mati, tapi tiba2 tak mati... hmm.. and tiba2 masuk bab Karma pulak.. apa kaitan Karma dengan hero yang patut mati?

4. Bosan giler time awek Tien time kecik tu dah besar and dia menari tarian Thai.. begitu juga time Tien buat aksi tarian silat depan Rajasena tu... Buat adengan menari sekejap jep dah lah.. ini lama giler sampai aku menguap 3-4 kali time adengan tarian tu jep..

5. Apa kesudahan kisah Tien dengan awek lama dia tu? dengan gelang loceng yang dia bagi tu? aku rasa dia nak buat Ong Bak3 kot.. sebab tu semua ending tergantung jep..

** So far aku bagi 3 stars jep daripada 5 stars.. =)


.

Thursday, February 5, 2009

Pegawai Tadbir dan Diplomatik..

Nak kerja dengan government.. Perghh, bukannye senang.. amik exam dulu.. hahaha.. first time aku apply PTD ni... takut pulak nak gi amik exam... Nak gi study jap.... lalala...

Peperiksaan : PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41
Kod Skim : 1609
No. Angka Giliran : 1202296
Tempat Peperiksaan : DEWAN TERATAI,
MAKTAB PENJARA MALAYSIA
KOMPLEKS PENJARA KAJANG, SG. JELOK
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN


Sesiapa yang apply PTD ni, korang boleh check dekat sini >>> Semakan Jadual Peperiksaan


.

Wednesday, February 4, 2009

Bila..

bila pagi...... aku duduk depan PC
bila petang.... aku still duduk depan PC
bila malam..... aku makan

mudahnya menjadi aku!.


...

Monday, February 2, 2009

Masa itu emas, berlian, intan payung..

Dah bulan February dah untuk tahun 2009.. cepatnyeeeeeee masa bergerak.. wehh masa.. tunggu aku wehh.. aku tengah kejar ko ni.. iyahh iyaahh.. penat penat.. memang kurang asam ko masa.. aku suruh tunggu, ko buat dek jep.. memang aku dengan ko tak boleh berkawan baik la.. yang ko nak pergi jauh-jauh buat pe? dari kecik ko dengan aku, bila skrang time aku perlukan ko, sanggup ko tinggalkan aku?? Masa, oh masa.. Aku tau dulu aku suka buat tak pedulik dengan ko.. Tapi skrang tidak lagi.. sebab aku tak nak buang masa lagi.. aku tau ko sangat penting... aku kejar ko lagi... kejar lagi dan lagi... tapi masa... ko memang tak berhati perut.. cissss..

p/s: Aku ada create satu blog untuk aku study pasal dotnet.. silalah jengah-jengah blog aku ni okey kalau-kalau korang nak buat rujukan or nak bagi comment...
http://programmingwebsite.blogspot.com/