Aku dan Selipar Burukku!!~
Nak dengar cerita aku nak karang ni.. aku bagi tajuk, "aku dan selipar burukku".. sipnosis dia macam ni... aku yg cuma ada selipar buruk berjalan ke bandar untuk cari awek cun... pastu apakan daya, awek semua minat lelaki yg pakai kasut adidas or nike jek.. Ramai org juga memperlekehkan ku, mengatakan selipar burukku... sambil mulut-mulut kecil di belakang hangat mengatakan begini, "Huh, pakai selipar buruk, ada hati nak cari awek cun.. blah ahh lu mat!!" aku buat tak endah cakap orang lain.. dalam mencari awek, prinsipku satu je iaitu.. beauty is first!!!
Suatu hari, dtg seorg gadis yg cun giler... muka nya bagai model.. mata dan hidungnya sangat cantik dan menawan.. bolehku katakan cukup sempurna.. rambut nya melayang ditiup angin, ku dapat rasakan halusnya seperti sutera.. dan senyuman nya membuatkan sesiapa pun manusia bergelar lelaki tertawan.. aku mula pasang angan-angan serta merta.. kalaulah gadis nih jadi awekku, pasti aku lah manusia paling ramai org dengki atau jeleous kepadaku... hati jahatku ketawa sendirian.. hahaha.. Pendek cerita, awek ni ingin membeli air sirap kat kedai.. tapi tiba2 time nak bayar, dia baru tersedar beg duit dia tertinggal kat umah.. so dia xde duit nak bayar air sirap tu.. aku yg asyik leka memerhatikan awek tu menyedari situasi tersebut.. aku dengan tekad dan nekad.. tanpa banyak pikir, memberanikan diri aku menghampiri awek tersebut.. tambah dengan sikap aku yg konon gentleman, aku hulurkan duit singgit kat makcik kedai tu... aku kata kat makcik jual air sirap, "xpe makcik, saya belanje dia.." Setelah itu aku senyum dan berkata, "Hai! xpe.. saye belanje awak air sirap ni" ... awek tersebut balas kataku, "terima kasih, tak tau nak balas budi awak camne, nanti lenkali saya belanje awak minum air sirap limau sebagai ganti, ok?!.. di situ babak cinta bermula... aku mula mengatur langkah, manis mulut berbicara.. sedang aku dan dia berbicara, mendalami hati budi masing-masing... gadis tersebut tiba2 menangis, menyandarkan kepalanya di bahuku... rupanya dia baru ditinggalkan kekasih.. aku cuba mententeramkan dan memujuk dia dengan berkata.. "don't cry.. your tears is very precious.. don't waste it for someone who not appreciate it.. you deserve someone much better than him.. awak, pandang sini.. i don't want to see u cry.. believe me, god has bring you to me because of some reason.. i will be the only person who will protect u and never make u cry and will always make u happy..."..
Pendek cerita di situ dia tersenyum gembira dan dia seolah-olah mahu menerima cintaku... namun dia berkata, dia harus pergi atas sesuatu alasan yang nampaknya sukar untuk dijelaskan... ternyata kehidupannya bukan di sini.. dia minta maaf kepadaku dengan air mata mengalir, dia ucapkan, bahawa dia telah jatuh cinta kepadaku.. kalau ada jodoh, pasti aku lah pilihan hatinya... aku kelu lidah berdiam kata.. dia memberikan ku beberapa keping gambarnya kepadaku sebagai bukti sayangnya kepadaku.. kemudian dia mendekatkan dirinya kepadaku dan membisikkan perlahan di telingaku sesuatu, "..i love u..".. aku bagai percaya x percaya... derau jantungku berdetap kencang... aku seperti terkaku... dari alunan suaranya, cukup buatkan aku cair keseluruhan... dia berkata pasti tidak akan melupakanku sampai bila-bila.. sebelum dia pergi meninggalkanku untuk hilang dari pandangan ku selama-lamanya, sempat dia menghadiahiku satu kucup ciuman mesra dipipiku... di situ aku rasa bagai kakiku terbang di awangan... setelah beberapa lama, aku tersedar sepenuhnya.. dia sudah tidak lagi berada didepan ku.. aku tertanya.. adakah dia bidadari yg dihantar untuk menggembirakan hatiku seketika... atau aku sedang bermimpi?? yaa.. mungkin aku hanya bermimpi di siang hari... aku mengeluh sendirian...
Aku lihat ke langit, hari sudah semakin petang dan aku mula berasa haus.. maka tanpa membuang masa, aku singgah ke kedai untuk beli air minuman... aku seluk poket seluarku sambil meraba-raba mencari wang syiling untuk bayar air yg aku nak beli... tiba-tiba aku perasan ada sesuatu dalam poket seluarku.. aku terkejut dan mula tersenyum... ternyata aku tidak bermimpi, gambar awek tu tetap ada dalam poket seluarku... aku tersenyum lagi sendiri.. setelah itu aku teruskan langkahku berjalan mencari awek... ktapp. tap.. tap... bunyi selipar burukku setiap kali aku mengorak langkah... biar apapun berlaku, aku tetap dengan selipar burukku.. perrgghhhhhhh, sungguh romantis cerita ku.. boleh buat novel ngan filem... warghhh hahahahaha~
Penulis: Nua Cr2
Pengarang: Nua Cr2
Idea: Spontan dan amik idea sikit-sikit time chatting ngan member...
Tema: Bosan-bosan
Watak: ada kena mengena ngan pengalaman aku sendiri...hahaha.. tipu jek! xde kaitan ngan hidup dan mati, ok..
Publisher: Post Comment at blog myspace for 1st edition (8/10/2006)..
Year: 2nd edition, 25 July 2008, 10.15ptg, blogspot blogger..
Copyright: Nua Cr2~