Tuesday, November 17, 2009

Bucuk-bucuk..

Hi Aqil Danish... Alalala bucuk bucuk.. Aunty Eazy merangkap aunty De tengah kiss kiss Aqil.. For your info, Aqil Danish ialah my first anak buah.. Anak kepada my brother ngan kakak ipar.. Baru 3 bulan usianyer....

Aqil ni sangat pendiam... Nak dengar suara dia nangis pun susah.. So kira senanglah mak bapak dia nak jaga.. tak merengek... Tido jep keje...

Kalau dia nangis pun mesti ibu dia kata,

"Kenapa nii.. Aqil lapar dah ke.. nak 'Tek' eh?"


.

Monday, November 16, 2009

I'm waiting...

no one else.. only you...

i feel stupid.. just hope she can read my written..

So that she will happy..

But still no..

.
.

can't wait... hope she will read..

i'm disappointed..

no one notice... i don't mind..

only her... is it today?

still no...

.
.

can't wait... always hope she can read..

where is she?

can't lie... i miss her..

yes... its true..

.
.

Sunday, November 15, 2009

Oh Bulan..



oh bulan... oh bulan...
marilah kita bermadu asmara...
di bawah pohon cemara... diperhati tajam sang pungguk..
pedulikkan...


oh bulan... indahnya sinaran bulan..
marilah kita bercengkerama...
di tepi tasik permai... di perhati bengis sang buaya...
pedulikkan...


oh bulan... oh bulan.. dengarkan aku..
marilah kita tidur.... tidurlah bersama...
di tanah gersang... di perhati hiba sang jengking...
pedulikkan...


oh bulan... kau kekasih hati..
marilah kita bermimpi indah... berdua berlayar cinta...
di alam mimpi... di perhati tawa sang iblis..
pedulikkan...


oh bulan... akan ku tunggu sampainya waktu..
kau dan aku bersatu... dalam dunia nyata...
di perhati riang si rakan taulan...
pedulikkan....


oh bulan... oh bulan... masanya hampir tiba..
ikatan perkahwinan akan termeterai..
sambutlah aku dengan cinta..
di perhati gembira dua keluarga..
jangan kau pedulik...!!!!



.

Cincin Lelaki

Semalam gi usha nak beli cincin untuk aku..

Pegi Midvalley, gi tengok kat kedai Bausch K. (stainless steel jewelery).. huhaha.. harga dari RM19 hingga RM49... tengok kat cincin dalam kaca sebelah lagi.. ada yg harga RM200, ada yg dalam RM450.. dan paling mahal pun tgok dalam thousand plus-plus.. Semua cincin jenis stainless steel...


aku: haa, honey.. you beli kan me cincin yg RM19 tu cukuplah..
honeydew: tak maulah.. takkanlah nak belikan you murah-murah jep.. ngarut betul..
aku: apa salahnyer.. you takyah lah susah-susah belikan me cincin mahal-mahal.. better simpan duit tu untuk guna time kahwin kita nanti..
honeydew: jangan nak ngengada.. sini takde yg menariklah.. jom cari tempat lain..
aku: nak suruh belikan yg murah-murah taknak... ok kita cari yg dalam RM10 ribu ke atas... Amacamm?? hahahaha...

.
.
.

Singgah kat kedai Diamond & Platinum pulak.. haaa masuk.. masuk...

Perghh, memang minat gek ngan design-design dalam kedai ni.. simple, solid and nice..
erk.. tengok harga... mak aihh... RM6000++... kalau yg ni pulak?


Org kedai: Oh, yg ni dalam RM4500++..
aku: Yang ni....?
Org kedai: RM3800++...
aku: Hm, erk, Miss.. takde yg below one thousand ke?
Org kedai: Takde.. cincin platinum memang biasa mahal.. paling murah pun RM1800++...


hadoihhh... takde rezeki lah gayanye nak pakai cincin platinum.. takpelah honey, kita pergi Habib Jewel jep lah... ada promotion 50% off... beli cincin suasa yang kita tengok minggu lepas tu pun ok pe... design pun ok dan harga pun berpatutan.. Setuju? ok, setuju.. So, mana kad kredit? -swipe- hehe..


Pakai cincin apa-apa jep pun takpe, honey.. Jari-jemari tanganku memang untuk you seorang jep... don't worry.. ^_^


.

Saturday, November 14, 2009

Kemas-kemas bilik..

hoiii, bilik bersepah nak mampuihh...

.

.

.

ahaks.. aku sendiri pun dah rasa bilik aku cam tongkang kapal bawak pendatang haram nak pecah kena pukul ombak badai di kala ribut taufan katrina melanda di tengah laut selat china berhampiran persisiran pantai filipina dengan kelajuan mencecah 160km/j hampir menyamai kelajuan kereta MyVi di highway Karak menghala ke selatan Timur berpaksikan arah Timur terbitnya matahari dengan altitude 30 darjah barat daya dan longitude 145 darjah utara dengan suhu yang suam-suam kuku kambing biri-biri tengah mengembek sambil bersantapan rumput-rumput hijau di padang bola sepak stadium Bukit Jalil sambil disaksikan oleh beribu penonton yang hadir menonton drama bersiri Nurkasih di TV3 tanpa mempedulikan angin kencang yang tengah melanda bilik aku yang mengakibatkan penyelerakan molekul-molekul barang dan pakaian yang bertaburan di sana sini.. huh.. begitulah diibaratkan keadaan bilikku yg sungguh nyaman ini...

.

.

.

haha.. ada sape-sape nak tulun aku kemaskan bilik...??

Aku dah keluarkan semua baju baju yg bersepah dalam almari.. sekarang dalam proses tengah melipat dan mengasingkan baju yg dah taknak pakai dengan still nak pakai.. lagi aku dah cabut segala sarung bantal dengan cadar untuk dibasuh.. serta dalam proses nak mengemas barang-barang yg berselerak gilerrr atas meja komputer ni.. lagi dah kutip sampah-sampah juga plastik makanan dan kertas-kertas tak berguna masuk dalam tong sampah... nak kena sapu lagi habuk-habuk dalam bilik ni.. banyak lagi ni nak kena kemas.. huh.. penat-penat.. susah gek nak mengemas bilik bujang ni.. patutlah kena kahwin cepat.. supaya status bilik bujang itu akan bertukar ke status bilik pengantin.. ahahaha.. confirm bilik nanti sentiasa kemas jep... baru ada feeling... ahaks..


.

.


By the way, operasi mencari **tutt**tutt** sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti lokasi yang berkemungkinan tersembunyinya **tutt** tersebut. Antara lokasi yang dikatakan hotspot seperti di ceruk-ceruk bilik.. dan juga di bawah katil serta mungkin di bawah meja komputer atau juga di belakang pintu... hahaha.. anda pasti tertanya-tanya apakah yg dimaksudkan dengan **tutt**...

sila scroll ke bawah...



.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.





.

Thursday, November 12, 2009

Penuh hutang..

1. Hutang PTPTN
2. Loan Kereta
3. Loan ASB
4. Loan Personal
5. Credit Card Maybank
6. Credit Card CIMB
7. Pinjam Family
8. Pinjam dengan tunang sendiri
9. Bill Maxis
10. Sewa rumah (soon)
11. Bil api dan air (soon)
12. Bil internet Streamix/WiMax (soon)


** Tambah tolak semua hutang dalam list kat atas, setiap bulan kena spent antara RM2800 hingga RM3100......

** Income gaji bulan pun cukup-cukup makan jep..

** Belum tambah duit nak makan minum, beli barang dapur, nak beli barang keperluan rumah lepas kahwin, servis kereta, duit nak bagi kat parent lagi, duit nak tengok wayang sekali sekala, nak pergi melancong setahun sekali ke...

** Kalau boleh aku dah taknak tambah hutang lagi.. tapi kini aku dalam keadaan terpaksa berhutang..

** Aku rasa aku dah sampai tahap yg agak kronik ngan hutang..

** Duit nak saving pun zero sebab kena bayar hutang-hutang..

** Nak menangis kenang bila jadi camni.. takut pun ada..

** Sampai bila agaknyer baru boleh settle semua hutang..

** Tolong bagi aku idea... tolong bantu aku.. Ada apa cara yg aku boleh buat nak kurangkan hutang-hutang semua ni??



Note: Ada sape-sape nak bantu boleh bank in kan dalam akaun :-

Maybank: 1234-56789-10
Account Holder: Hutang Bin Piutang



Secebis rangkap lagu untuk semua insan yang sedang mengalami nasib sama cam aku, terimalah...

" Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja "


.

Saturday, November 7, 2009

Harga Emas Naik Lagi..

walaaweehh... harga emas dah memang tinggi dulu RM127/g... tiba-tiba semalam naik lagi jadi RM134/g...menyesal.. oh menyesal... hari tu dah usha usha tengok barang kemas tuk nikah nanti.. dah nampak yg berkenan dgn harga within budget... tapi malas nak beli lagi... relax dulu.. dengan harapan hujung tahun ada sale atau promotion.. boleh dapat murah ke... atau harga emas akan turun ke...



sekali tiba-tiba....




deyymm.... terkejut tengok semalam kat Habib Jewel kat Alamanda... harga pasaran dah jadi RM134/g.. tanya orang kedai tu bila harga emas naik? dia kata baru jep semalam naik... waaaaaa... naik RM7 per gram tu.... tanya lagi, agak-agak harga emas akan turun semula tak... then orang tu jawab... rasanyer nanti mungkin akan naik lagi... emas susah nak turun... huwaaaaa... menangis aku dalam hati... sob.. sob.. harga emas kat semua kedai pun confirm dah naik...




hmm.. nasihat kepada lelaki-lelaki yg bakal nak mendirikan rumahtangga tu... belilah emas dari sekarang untuk bakal isteri anda.. supaya anda tak menyesal dapat beli sebelum harga emas terus melambung naik.. belikanlah dia barang kemas yg dia suka, tidak perlu terlalu bernilai tapi cukuplah dengan kemampuan anda... apalah sangat emas tu berbanding dgn dia yg bakal menjadi milik kamu selamanya... kerana ku percaya jika kasih sayang isteri kepada anda ikhlas, ianya pasti akan lebih bernilai daripada emas yg bakal diberikan..




** honeydew.. kita beli emas yg ringan-ringan jep lah k... hehe.. ^_^

.

Friday, November 6, 2009

Busy!

SMS kepada tunangku:

Date: 6/11/2009
Time: 3.46pm

Honeydew.. Miss u.. Keje leklok k.. Tak biasa pulak dgn honeydew yg busy..
Selalu tgok you huha huha jep.. Can't wait to live with you after married..
So dat i can see you everyday.. Hug you and kiss you..

------------------------------------------------------------------

.
.
.
.
.

miss her so much..~