Tuesday, December 30, 2008

Sejenak peristiwa pagi..


Pagi.. pagi.. pagi.. Kadang-kadang sejuk, kadang-kadang suam-suam kuku.. Macam biase.. tengah syok tido... tiba-tiba alarm handphone berbunyik.. tengok jam dah pukul 7.20am.. hahhh.. solat Subuh... adehhh.. kantoi agi.. camne tak kantoi.. malam semalam pun kunci alarm kul 7.20am.. huhu.. Biarpun saban pagi aku mengunci dua alarm iaitu satu pukul 7.20am dan yang awal pukul 6.15am.. tapi selalu tak sedar jep yang alarm pukul 6.15am tu.. nak buat camne.. syaitan iblis.. Subhanallah.. ikat aku kuat sangat kot dengan rantai-rantai besi yang khas nak pasang untuk anak-anak Adam yang lalai macam aku... Salahkan siape? Salahkan syaitan lah.. Salahkan syaitan supaya diri sendiri dimenangkan.. bagus sangatlah tu.. hm.. dah bunyik alarm, cam biase, button snooze tu jugak yang best untuk ditekan.. hahaha.. so pejam mata.. sambung tido... dapatlah layan lagi buaian mimpi indah haru biru untuk 5 minit atau 10 minit.. Syaitan iblis pun senyum sampai telingalah berparti meraikan kejayaan kecil kerana berjaya membuatkan aku tido semula dan tak bersyukur atas nikmat tuhan memanjangkan umur bagi aku menempuh satu hari lagi dalam hidupku... cissss.. takpe setan.. esok aku nak solat Subuh dan bangun awal.. ko akan tewas.. dan aku akan menang... ko tunggu jep dengan rantai-rantai besi engkau wahai setan.. huh!!

Baru nak bermimpi semula.. Handphone ku berbunyi lagi.. bukan dari bunyi alarm yang di snooze kan, tapi bunyi ringtone dari seorang kekasih yang setia membangunkan aku dari tido setiap pagi.. Walaupun mengantuk, hatiku tetap gembira kerana seawal pagi mendengar suara manis dari seorang kekasih.. okey... okey.. masa untuk bangun... masa untuk memulakan rutin hidup macam biasa... resah gelora perasaan malas bercampur pening atas perasaan tak cukup tido... hm.. tak cukup tido ke semalam? mungkin.. okey... baring semula sekejap... hahaha.. tik tok.. tik tok.. tik tok.. jarum saat bergerak laju.. tengok jam dah pukul 7.45am... haaaaaaaaaaaaa... lambat dah ni.. bingkas bangun.. mencari baju kemeja untuk digosok dan disarungkan ke badan.. apa-apa baju pun takde masalah.. tidak akan pernah merubah rupa wajahku.. cuma bezanya untuk kelihatan sedikit kemas atau sedikit selekeh.. pergi bilik sebelah, cucuk plug seterika kat port elektrik.. biarkan besi dihangatkan oleh arus elektrik yang teralir setelah switch pada plug dihidupkan.. sentuh sikit seterika.. panas dah besi ni.. akhirnya mula menggosok bajuku... gosok.. gosok.. time ni mula berangan alangkah best jika mempunyai seorang kekasih bergelar isteri yang bertanggungjawab menjaga pakaianku.. bertanggungjawab membuatku kelihatan segak walau tidak dimata orang lain, tetapi cukuplah sekadar segak dimata seorang kekasih yang dirinya kepunyaanku... Kerana kutahu bahawa disamping diriku yang mampu memuji kesegakkan diri, hanyalah tinggal kekasih hati dan mungkin keluarga.. hmm.. Angan fikiran yang membuatku selalu berangankan hidup seperti itu.. berangankan setiap pagi baju pakaianku telah siap digosok dengan perasaan kasih cintanya seorang kekasih.. insyaAllah akan ku jadikan kenyataan suatu hari nanti.. insyaAllah bersama kekasih hatiku, dirinya menjadi kepunyaanku untuk ku memikul tanggungjawab sebagai seorang yang bakal bergelar pemimpin keluarga... ehhh.. baju aku belum siap digosok tapi fikiranku jauh melayang.. Nasib baik baju yang digosok tidak menjadi mangsa seterika panas akibat kelalaian fikiran yang terganggu.. Baju digosok lagi... Sampai agak-agak hilang kedut lebih kurang.. okeh.. siap.. heh...

Baju dah siap digosok.. Aku terus mencapai tuala mandi terus menuju bilik air.. Memandangkan jam hampir menunjukkan pukul 8.00am.. Maka bermulalah peristiwa yang memungkinkan aku mandi sepantas boleh bagi membolehkanku mengejar masa yang semakin tak rela menungguku dengan membiarkan diriku seorang diri berada dalam situasi kelam kabut.. Nun di sebuah rumah yang sedikit jauh berbatu dariku, menunggu seorang kekasih yang turut sama menjalani peristiwa pagi dengan cara sendiri.. menungguku untuk menjalani hidup alam pekerjaan di tempat yang sama... sabar eh wahai kekasih.. akan ku tiba sedikit masa lagi.. huhu.. Kembali pada diriku yang baru sahaja siap mandi.. ku sarung baju kemeja kemas di badan.. spray sikit perfume bagi mewangikan bau baju sekaligus menyegarkan udara bilikku yang terkedap dengan udara pagi yang nyaman tetapi berbau sedikit habuk bilik.. okey, inilah diriku dan inilah pagiku.. aku berkata sendiri sambil berdiri menghadap cermin dengan melihat pembalikan cahaya yang memantulkan imej wajahku.. tanpa berlengah, ku menghampiri pintu depan, membuka mangga kunci yang setia mengunci pintuku demi mencegah sebarang lembaga dan objek yang ingin memasuki rumahku di malam hari.. Ku bergerak pantas kerana ku sedar bahawa diriku sudah terlewat.. Jam semakin menghampiri pukul 8.20am.. Aku terus hidupkan enjin motor dan bersedia untuk melangkah dan meluru laju dengan motorku yang tersergam megah biarpun sedikit uzur.. deruman enjin motorku cukup untuk membelah angin dan susana sunyi pagi jiran-jiran sebelah.. destinasiku yang pertama semestinya rumah yang agak sedikit jauh berbatu dariku.. Sabarlah menantiku dengan senyuman wahai kekasih.. kerana senyuman itulah yang akan lebih menceriakan pagiku.. itulah kisahku yang berlaku hampir setiap pagi hari yang berkerja.. biarpun merungkap sejenak peristiwa pagi, ini lah pagiku yang menceriakan dan menggembirakan.. ... Sekian...

6 commento:

Noli said...

wahhh..cani dier pg2..
asik kantoi subuh jee..iskk..

cik eazy..bg la sedas dua..haha

Lanz™ said...

ish3...apo nak di kato...

fana said...

mak aih...very the details...sure eazy mmg dok tersengih2 je bace...eazy????erk.x biase nyeeee

me said...

haha..=P

Cr2 said...

ala lanz.. apo nak dikato pulak.. ko pun sama jep..

^eazy^ said...

thanx darLing..so sweet of u..bile i bace, touching plak..xpe2, xlame ag nnt ade org iron baju u k..thanx coz hari2 sentiasa pick up my call early in d morning..n xpernah marah even i kacau u time tido pon..thanx hari2 sanggup datang my house..even u bley jek g keje naik moto but i insist..thanx 4 e'thing..and pasal subuh tue, sentiase ade ruang for improvement k..lastly, lov u so much..u mean a lot to me..