Saturday, November 14, 2009

Kemas-kemas bilik..

hoiii, bilik bersepah nak mampuihh...

.

.

.

ahaks.. aku sendiri pun dah rasa bilik aku cam tongkang kapal bawak pendatang haram nak pecah kena pukul ombak badai di kala ribut taufan katrina melanda di tengah laut selat china berhampiran persisiran pantai filipina dengan kelajuan mencecah 160km/j hampir menyamai kelajuan kereta MyVi di highway Karak menghala ke selatan Timur berpaksikan arah Timur terbitnya matahari dengan altitude 30 darjah barat daya dan longitude 145 darjah utara dengan suhu yang suam-suam kuku kambing biri-biri tengah mengembek sambil bersantapan rumput-rumput hijau di padang bola sepak stadium Bukit Jalil sambil disaksikan oleh beribu penonton yang hadir menonton drama bersiri Nurkasih di TV3 tanpa mempedulikan angin kencang yang tengah melanda bilik aku yang mengakibatkan penyelerakan molekul-molekul barang dan pakaian yang bertaburan di sana sini.. huh.. begitulah diibaratkan keadaan bilikku yg sungguh nyaman ini...

.

.

.

haha.. ada sape-sape nak tulun aku kemaskan bilik...??

Aku dah keluarkan semua baju baju yg bersepah dalam almari.. sekarang dalam proses tengah melipat dan mengasingkan baju yg dah taknak pakai dengan still nak pakai.. lagi aku dah cabut segala sarung bantal dengan cadar untuk dibasuh.. serta dalam proses nak mengemas barang-barang yg berselerak gilerrr atas meja komputer ni.. lagi dah kutip sampah-sampah juga plastik makanan dan kertas-kertas tak berguna masuk dalam tong sampah... nak kena sapu lagi habuk-habuk dalam bilik ni.. banyak lagi ni nak kena kemas.. huh.. penat-penat.. susah gek nak mengemas bilik bujang ni.. patutlah kena kahwin cepat.. supaya status bilik bujang itu akan bertukar ke status bilik pengantin.. ahahaha.. confirm bilik nanti sentiasa kemas jep... baru ada feeling... ahaks..


.

.


By the way, operasi mencari **tutt**tutt** sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti lokasi yang berkemungkinan tersembunyinya **tutt** tersebut. Antara lokasi yang dikatakan hotspot seperti di ceruk-ceruk bilik.. dan juga di bawah katil serta mungkin di bawah meja komputer atau juga di belakang pintu... hahaha.. anda pasti tertanya-tanya apakah yg dimaksudkan dengan **tutt**...

sila scroll ke bawah...



.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.





.

2 commento:

^eazy^ said...

darLing ngok ngek!!! i da agak da **tutt** tue ape.. hahaha..

Cr2 said...

well... sebenarnye tipu jep.. mana ada tutt pun dalam bilik.. saje jep mengarut..