
Cerita filem animasi ini telah diberikan nama sebagai 'Geng: Pengembaraan Bermula.. Upin & Ipin..' So actually, geng menceritakan tentang Badrol,

Waktu di kampung, badrol dengan Lim telah berjumpa dengan geng baru mereka iaitu Ros (kakak kepada Upin dan Ipin yang sangat garang), Upin dan Ipin, serta Rajoo bersama dengan lembu kesayangannya..

Disajikan penuh dengan pelbagai aksi mencemaskan dan menghiburkan apabila mereka telah diserang oleh raksasa yang dikatakan penduduk kampung sebagai Hantu Durian.. kemunculan Oopet yang penuh misteri pula tiba-tiba cuba membantu geng ini untuk menyelamatkan diri.. Gelagat Upin dan Ipin yang comel dengan aksi dan percakapan mereka.. Misteri Kampung Durian Runtuh telah semakin hampir dibongkari.. So, ikutilah sendiri pengembaraan mereka ini dalam filem animasi Malaysia yang kini sedang ditayangkan di pawagam.. Penonton pasti akan dihiburkan dengan gelagat Upin dan Ipin serta geng mereka.. Pasti juga riang gembira apabila menonton bersama seluruh keluarga dihujung minggu.. So, bersamalah kita menyokong industri filem animasi tempatan..
Suara Positive Aku:
1. Upin & Ipin yang kita tahu memang comel dengan aksi dan gelagat mereka.
2. Animasi 3D yang cantik dengan watak dan suara, serta pengunaan color dan tone yang menarik..
3. Ada pergerakan matrix time slow motion.. nampak smart jep..
4. Jalan cerita yang bagus, idea yang menarik dan mengandungi banyak elemen seperti, gembira, suspen, seram, kelakar dan sebagainya.. good job for geng team.. =)
Suara Kutukan Aku:
1. Babak kena serang dengan haiwan raksasa kat hutan macam panjang sangat.. Nampak mengarut pulak dan membosankan..
2. Suara Oopet yang bercakap bahasa asing terlalu banyak lebih kurang sama bunyi.. So kadang-kadang macam annoying sikit bunyi suara Oopet..
3. Lori dengan bas drifting melampau-lampau.. Nampak sangat penggunaan graphic computer yang melampau masa tu.. kena bagi smooth sikit pergerakan drifting dia..
4. Ayam yang saje melintas tengah-tengah jalan secara tiba-tiba apabila nampak kenderaan nak lalu.. Macam ntah apa-apa sikit.. Takde kaitan dan tak kelakar sangat pun sebenarnya babak ayam tu..
** So aku bagi 4 bintang daripada 5 bintang!!
.
2 commento:
where's my pictz??
ur pic time upin & ipin ni xdelah.. u xde amik gambar pun time tu..
Post a Comment