Ong Bak 2.. Semalam pergi tonton dengan orang yang aku sayang dekat GSC Alamanda Putrajaya.. Nak try review sikit.. hehehe.. Cerita Ong Bak2 takde sangkut paut pun dengan cerita Ong Bak1.. Tapi still mengekalkan pelakon yang sama iaitu Tony Jaa..
Cerita ni mengisahkan tentang seorang budak bernama Tien (lakonan Tony Jaa) yang kematian mak bapak sebab kena bunuh dengan pembelot kerajaan, Tuan Rajasena (dilakonkan oleh Saranyu Wongkrajang).. Perghh.. nama Thailand ni susah betul nak sebut.. hehe..
So Tuan Rajasena yang zalim dan giler kuasa ni telah merancang nak rebut takhta negara.. dia hantar pembunuh upahan untuk bunuh keluarga Tuan Sihadecho (bapa kepada si Tien tadi) serta tenteranya yang taat setia.. So Tien jep yang selamat pasal salah sorang tentera bawahan ayahnya berjaya melarikannya..
Tien kemudian ditangkap dan hampir dibunuh oleh pedagang hamba abdi.. Dia telah dicampakkan dalam kolam dan dipaksa bertarung dengan buaya.. babak yang boleh dikatakan mencemaskan.. lawan dengan buaya tu.. tak cemas ke??
Kagum dengan semangat pertarungan dan naluri membunuh yang terdapat dalam diri Tien, Chernang (lakonan Soparong Chatree... muka ala-ala M. Nasir versi Thailand bak kata Razlan.. juga seorang ketua bagi kumpulan penyamun diberi nama "Sayap Garuda") telah menyelamatkan Tien dan mengambilnya sebagai anak angkat dan membesarkannya dengan berbagai ilmu pertarungan seperti ilmu pedang, ilmu lawan muay thai, ilmu kungfu mabuk, ilmu bom dan jugek ilmu silap mata.. hahaha..
So cerita seterusnya korang boleh agak camne, lawan.. lawan.. lawan.. dan lawan.. hm, nak tunjuk power lah kot.. and nak balas dendam dengan Tuan Rajasena pasal merancang bunuh keluarga dia dan nak cari pembunuh yang telah membunuh bapa Tien..
So abis cerita dan abis jugek aku nak review movie Ong Bak2 nih...
Suara Positive Aku:1. Aku suka musuh dia yang guna teknik lawan harimau dan burung gagak.. Smart... sebijik cam binatang dia punyer pergerakan dan sound dia..
2. Aku suka dia belasah musuh dia guna kepala lutut dengan siku.. yeahhh.. hidup muay Thai..
3. Aku suka aksi time lawan buaya tu.. camne buaya tu berlakon ha?? guna side effect eh..
4. Aku suka time Tien terbaring kat gading gajah tu, then musuh dia yang macam burung gagak tu lompat balik kuang and landing straight atas Tien... perghhhhhhhhhh... ganas giler.. mau tak senak perut kena hentam camtu... kagum aku..
Suara Kutukan Aku:1. Aku lagi suka Ong Bak1 sebab banyak aksi muay thai... Ong Bak2 ni banyak aksi lawan guna senjata.. bosan... cerita kungfu Thailand mestilah muay Thai... baru best... lawan guna kepala lutut.. guna siku.. tumbukan yang keras macam besi... Ini tiba2 kungfu cina mabuk pun sesat.. apa cite???
2. Aku tak paham bila dah nak dekat2 ending tu, tiba2 dia kena lawan dengan ramai giler musuh ntah datang dari mana ntah.. kelakar dengan orang pakai topeng bakul tu.. hahaha.. dalam banyak2 topeng, bakul yg ko guna.. bengong apa ke?
3. Ending yang tergantung, sepatutnya hero mati, tapi tiba2 tak mati... hmm.. and tiba2 masuk bab Karma pulak.. apa kaitan Karma dengan hero yang patut mati?
4. Bosan giler time awek Tien time kecik tu dah besar and dia menari tarian Thai.. begitu juga time Tien buat aksi tarian silat depan Rajasena tu... Buat adengan menari sekejap jep dah lah.. ini lama giler sampai aku menguap 3-4 kali time adengan tarian tu jep..
5. Apa kesudahan kisah Tien dengan awek lama dia tu? dengan gelang loceng yang dia bagi tu? aku rasa dia nak buat Ong Bak3 kot.. sebab tu semua ending tergantung jep..
** So far aku bagi 3 stars jep daripada 5 stars.. =).
1 commento:
conclusion, i xsuke sgt movie nie.. xpaham.. n action ganas sgt.. melampau2 darah.. kejam2..
Post a Comment